Siakap Keli
pelajar helikopter CAAM
Kredit: Gambar tular @redzuanNewsMPB

Polis Rujuk Kepada CAAM Kejadian Helikopter Mendarat Hantar Pelajar Ke Sekolah

Polis Rujuk Kepada CAAM Kejadian Helikopter Mendarat Hantar Pelajar Ke Sekolah

SHAH ALAM, 13 Jun (Bernama) — Kejadian sebuah helikopter yang mendarat di kawasan lapang Seksyen U11 di sini untuk menghantar seorang pelajar sekolah swasta pada April lepas, telah dilaporkan kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata helikopter berkenaan mendarat kira-kira 15 minit pada 17 April lepas sekitar pukul 8 pagi di kawasan tanah lapang berhampiran kawasan Bukit Bandaraya, Seksyen U11.

“Susulan kejadian itu, satu laporan polis telah dibuat oleh Ketua Bahagian Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam dan kes diklasifikasikan sebagai Refer Other Agency, kepada CAAM untuk tindakan selanjutnya terhadap kes ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian ekoran maklumat tular di media mengenai kejadian sebuah helikopter mendarat untuk menghantar seorang pelajar daripada sebuah sekolah swasta di Setia Eco Park Shah Alam.

Sumber: BERNAMA

BACA: CAAM Terima Maklumat Kemalangan Udara Babitkan Sebuah Helikopter Di Cameron Highlands

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana