Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Penyokong China Kecewa Tiket Tonton Messi Beraksi Mahal

Nurhanis
Kredit: CNBC Indonesia

Penyokong China Kecewa Tiket Tonton Messi Beraksi Mahal

Peminat bola sepak di China meluahkan rasa kecewa selepas mengetahui harga tiket perlawanan persahabatan antara Argentina dan Australia dijual dengan harga yang mahal, lapor CNBC Indonesia.

Difahamkan, penganjur mengumumkan harga tiket mula dijual pada harga RM374 sehingga RM3,000.

Walau bagaimanapun, peminat menganggap harga tiket untuk melihat pemain kebangsaan Lionel Messi beraksi di padang terlalu mahal jika dibandingkan dengan perlawanan biasa, Liga Super China yang juga biasanya diadakan di Stadium Pekerja.

Sewaktu perlawanan liga diadakan tiket dijual dengan harga tidak mencecah RM100 iaitu RM77.

Sesetengah pihak mendakwa harga tiket dijual mahal kerana tarikh perlawanan diumumkan agak lewat, iaitu kurang daripada satu bulan.

Ia membuatkan para penyokong akan membeli tiket walaupun harganya agak tinggi berbanding biasa.

Disebabkan itu, penganjur memilih jalan pintas untuk memastikan penjualan itu memberi keuntungan dan pulangan yang banyak.

“Hari perlawanan diumumkan terlalu lewat bermakna penganjur mempunyai sedikit masa untuk pemasaran, yang penting untuk menjana pendapatan,” kata pengulas sukan, Luo Ming pada Ahad.

BACA: Bukan Barcelona & Al Hilal, Messi Sah Sertai Kelab Inter Miami

“Harga yang tinggi bermakna kempen pemasaran tidak berjalan dengan baik, jadi penganjur perlu bergantung pada harga tiket untuk menjana pendapatan,” ujarnya.

Walaupun harga tiket sangat mahal namun terdapat penyokong di China yang sanggup membelanjakan lebih banyak wang untuk menyaksikan Messi bermain di Beijing.

Bagi mereka, peluang itu merupakan peluang sekali seumur hidup kerana bintang itu dijangka akan bersara dalam beberapa tahun akan datang.

Media melaporkan Argentina dijadualkan akan menentang pasukan Australia semasa FIFA Matchday 2023 pada 15 Jun ini.

Perlawanan itu diadakan di Stadium Pekerja, Beijing yang terletak di China.

Dalam pada itu, pasukan bola sepak China juga akan mengadakan perlawanan persahabatan.

Ia dilaporkan akan menentang pasukan kebangsaan Palestin dan Myanmar di Dalian, Wilayah Liaoning Timur.

Ia dijadualkan akan berlangsung pada 16 dan 20 Jun ini dengan harga tiket RM116 hingga RM309.

Sumber: CNBC Indonesia

BACA: Angel Di Maria Teruja Argentina Lawan Indonesia, Siap ‘Update’ Di InstaStory