Siakap Keli
kenapa tikus suka gigit wayar
Gambar: Ehrlich Pest Control

Rupanya Bukan Saja-Saja, Ini Sebab Kenapa Tikus Suka Sangat Gigit Wayar

Rupanya Bukan Saja-Saja, Ini Sebab Kenapa Tikus Suka Sangat Gigit Wayar

Tikus adalah merupakan sejenis haiwan perosak yang sering dilihat di kawasan-kawasan yang kotor.

Kehadiran tikus di dalam rumah bukan sahaja menyebabkan pelbagai kerosakan dan gangguan, malah ia juga boleh menyebabkan penyakit.

Salah satu aktiviti tikus yang berbahaya dan sering dilakukan di dalam rumah ialah dengan menggigit wayar elektrik. Seringkali terjadi tikus akan menggigit wayar elektrik sehingga menyebabkan gangguan dan kerosakan barangan elektrik tersebut.

Jadi mengapa tikus suka menggigit wayar elektrik?

Berdasarkan laporan Wildlife Animal Control, terdapat beberapa sebab mengapa tikus melakukan perkara berkenaan.

Menurut laporan itu, tikus mempunyai gigi kacip seperti pahat yang akan tumbuh secara berterusan. Kerana jika dibiarkan gigi kacip tadi terus tumbuh, ia akan membahayakan kepada tikus berkenaan.

Justeru, tikus akan terus mengunyah apa sahaja yang dijumpainya bagi mengekalkan bentuk gigi kacip mereka. Kabel elektrik antara salah satu objek yang sering menjadi pilihan haiwan perosak ini.

Tikus yang menggigit wayar elektrik boleh menyebabkan pelbagai kejadian buruk, daripada litar pintas sehinggalah kebakaran.

Oleh itu, pemilik rumah dinasihatkan agar mengambil langkah pencegahan supaya tikus tidak lagi boleh menggigit wayar elektrik di rumah anda.

Bagaimana cara untuk mencegah tikus daripada menggigit wayar elektrik? 

Terdapat beberapa cara yang anda boleh lakukan untuk menghalang tikus daripada terus menggigit wayar elektrik di rumah anda.

1. Gunakan kapur barus

Selain menghalang tikus daripada menggigit wayar elektrik, kapur barus juga merupakan bahan yang sangat mudah digunakan, murah dan mudah untuk diperolehi.

Cara penggunaannya adalah dengan meletakkan kapur barus di kawasan yang sering menjadi laluan atau aktiviti tikus tersebut.

Kapur barus juga boleh diletakkan di kawasan yang tidak dapat dijangkau bagi mengelakkan tikus daripada melakukan kerosakan yang lebih teruk.

2. Guna perkhidmatan kawalan haiwan perosak

Memetik Toolsweek, kawalan perosak atau menghalau tikus adalah satu cara yang terbaik boleh dilakukan oleh pemilik rumah.

Selain membuatkan rumah anda bebas daripada haiwan perosak, ia juga dapat melindungi peralatan elektrik di rumah anda.

Kredit Shutterstock

3. Tutup atau sekat pintu dan lubang yang menjadi laluan tikus

Kaedah ini merupakan salah satu cara terbaik bagi memastikan haiwan perosak tadi tidak dapat memasuki kediaman anda.

Menutup lubang berpotensi menghalang tikus daripada terus menyelinap ke dalam rumah dan menyebabkan kerosakan yang lebih dahsyat.

Selain itu, membersihkan mana-mana kawasan yang mempunyai akses mudah seperti lubang di bumbung dan retakan dinding dapat membantu mengelakkan kerosakan tikus.

BACA: 7 Bentuk Bantuan Kerajaan Untuk Golongan Belia, Ramai Yang Tak Tahu

4. Pasang penutup atau pelindung wayar elektrik

Jika wayar elektrik sudah ditutup dan tidak terdedah, maka tikus sudah tidak boleh untuk menggigit wayar elektrik tersebut.

Penggunaan penutup kabel plastik atau keluli mampu melindungi wayar elektrik di rumah anda daripada dimasuki dan digigit oleh tikus.

Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu anda dalam menangani masalah melibatkan haiwan perosak seperti tikus di kediaman anda.

Sumber: Kompas.com, Wildlife Animal Control

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka