Siakap Keli
suami mizz nina
Kredit: masseone39/Instagram

Suami Mizz Nina: Kenali Essam Muhammad, Penyanyi Rap AS Yang Komited Berdakwah

Suami Mizz Nina: Kenali Essam Muhammad, Penyanyi Rap AS Yang Komited Berdakwah

Hari ini, penyanyi dan aktivis kemanusiaan Mizz Nina mengumumkan dirinya telah selamat mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihannya, Essam Muhammad.

Difahamkan majlis pernikahan Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman telah diadakan secara tertutup bersama keluarga dan sahabat terdekat.

Pengumuman mengejut yang dibuat oleh penyanyi berusia 43 tahun menggembirakan rakyat Malaysia dan rata-rata mereka mendoakan kebahagiaan buat Nina dan pasangannya.

Pun begitu, ramai yang tertanya-tanya berhubung identiti Essam yang dilihat bukan warganegara Malaysia.

BACASaya Taknak Terus Terbawa-bawa Perasaan Sedih, Hidup Mesti Diteruskan – Mizz Nina

Essam Muhammad

Kredit: masseone39/Instagram

Sedikit maklumat mengenai Essam, beliau merupakan keturunan Maghribi yang berasal daripada Seattle di mana ia terletak di Amerika Syarikat, menurut Twins of Faith Sydney.

Beliau merupakan seorang penyanyi rap, penulis lagu dan artis hip hop yang pandai dalam mengharmonikan irama dan puisi ke dalam seninya.

Essam mula menulis lagu rap sewaktu beliau berusia lapan tahun dan menamatkan ijazah dalam Pengajian Media dan Komunikasi pada tahun 2016, memetik University of Washington, Bothell.

Menurut American Muslim Futures, Essam juga adalah penganjur komuniti yang berpengalaman menjadi pengacara dalam mengupas isu-isu yang dialami olehnya.

Beliau memulakan perjalanan kariernya dalam bidang seni selepas melancarkan video berjudul West Is My Home pada tahun 2016.

Selepas pelancaran sulungnya, beliau sering menerima kunjungan dan jemputan untuk membuat persembahan di benua yang berbeza.

Kredit: masseone39/Instagram

Essam berkongsi perjalanan dakwahnya menerusi ekspresi kreatif di mana-mana negara seperti Afrika Selatan, Malaysia, United Kingdom, Switzerland, Belanda dan banyak lagi.

Beliau juga turut aktif dalam aktiviti komuniti Seattle Selatan di mana tempatnya dibesarkan dengan membantu memupuk ruang untuk penyair muda berkembang dan berkongsi karya mereka.

Sementara itu, beliau juga telah mengeluarkan album keduanya, Chapter20six pada awal 2020 yang dihasilkan dengan bunyi acapella, yang turut ada di dalam album sulungnya, 12.12.

Pada September 2020, video Essam bertajuk Runnin telah dipilih untuk pameran American Muslim Futures, galeri kerja yang memaparkan kreativiti artis.

Lagu tersebut menggambarkan perasaan cemas yang berterusan di mana berlari ke arah destinasi, atau melarikan diri dari situasi.

Ia juga mewujudkan ruang untuk Muslim Amerika yang kurang diwakili dalam media arus perdana dan yang mungkin mengalami kemiskinan dan kesusahan untuk mencipta dialog dan pengalaman.

BACA: Mizz Nina Umum Sudah Bernikah Dengan Pilihan Hati

Kongsi matlamat yang sama

Kredit: officialmizznina/Instagram

Sementara itu menurut Nina, perkahwinan mereka turut mendapat restu daripada ibu bapa selain beliau dan pasangannya mempunyai matlamat yang sama dalam melakukan dakwah.

“Kami berdua telah mendedikasikan hidup kami untuk dakwah. Kami berkongsi matlamat dan aspirasi yang sama serta teruja untuk lembaran baru dalam hidup kami,” ujarnya.

Nina juga memaklumkan akan mengadakan majlis resepsi perkahwinan secara tertutup di ibu kota tidak lama lagi.

Tahniah buat pasangan.

Sumber: American Muslim Futures, Twins of Faith Sydney, University of Washington, Bothell

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana