Siakap Keli
virus nil barat
Gambar: CDC Amerika Syarikat

Amerika Lapor Kes Virus Nil Barat, Tiada Vaksin & Ubat Setakat Ini

Amerika Lapor Kes Virus Nil Barat, Tiada Vaksin & Ubat Setakat Ini

Beberapa kes melibatkan virus nil barat dilapor dikesan di Amerika Syarikat, sejak kebelakangan ini, lapor New York Post.

Pada Jumaat lepas, Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia Iowa mengesahkan kes pertama virus tersebut dikesan negeri itu. Kes berkenaan melibatkan pesakit berusia dalam lingkungan 61-80 tahun itu disahkan menerusi ujian makmal di Makmal Hygienic Negeri.

Cuaca panas yang melanda negeri tersebut menyebabkan orang ramai meluangkan masa diluar. Ia sekaligus meningkatkan potensi digigit nyamuk yang dijangkiti wabak berkenaan, menurut kenyataan jabatan itu lagi.

Gigitan nyamuk yang dijangkiti virus berkenaan menjadi kaedah utama penularan virus berkenaan kepada manusia.

Selain itu, jabatan kesihatan di Nebraska turut melaporkan kes pertama virus berkenaan pada minggu pertama Jun. Pesakit berkenaan bagaimanapun tidak ditahan di hospital untuk menerima rawatan lanjut.

Kes virus nil barat landa Amerika Syarikat

Manakala pusat kesihatan di Texas mengesahkan sampel nyamuk yang di ambil di negeri itu didapati positif virus berkenaan.

Sampel berdasarkan nyamuk yang diambil di satu kawasan di Nevada juga menunjukan keputusan yang serupa.

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), sekurangnya-kurangnya 13 kes virus itu dilaporkan di seluruh Amerika Syarikat setakat ini.

Kes-kes berkenaan antaranya dilaporkan di negeri Oregon, Arizona, Wyoming, Nebraska, Illinois, Louisiana, Georgia, South Carolina dan Pennsylvania.

Menurut New York Post lagi, kes virus nil barat meningkat di Amerika Syarikat apabila musim nyamuk tiba, yang bermula pada musim panas dan berterusan sehingga musim luruh.

CDC dalam pada itu memaklum tiada vaksin bagi mencegah atau ubat untuk merawat virus berkenaan pada manusia setakat ini. Bagaimanapun, individu yang dijangkiti virus berkenaan biasanya tidak merasa sakit.

Hanya satu daripada lima individu yang dijangkiti akan menunjukkan simptom demam dan beberapa simptom yang lain. Manakala hanya satu daripada 150 individu yang dijangkiti akan menunjukan simptom jangkitan yang serius dan adakalanya membawa maut.

BACA: Jadi Perhatian Ramai, Lelaki Kongsi Aplikasi Boleh Kira Perbelanjaan Bulanan Siap Bajet Nak Beli Kereta & Rumah

Sumber: New York Post, CDC

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.