329 Jemaah, Ahli Keluarga Syuhada Palestin & Cedera, Tiba Di Mekah Untuk Tunai Haji
MAKKAH, 24 Jun (Bernama-SPA) — Kumpulan pertama terdiri daripada 329 jemaah haji, terutama ahli keluarga syuhada Palestin dan cedera, telah tiba di Makkah.
Kumpulan itu disambut wakil Sekretariat Agung Program Tamu Dua Masjid Suci untuk Haji dan Umrah, yang bergabung dengan Kementerian Hal Ehwal Islam, Panggilan dan Bimbingan Kerajaan, lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA).
Jemaah haji kumpulan pertama ini adalah antara yang diluluskan oleh Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud bagi membolehkan mereka menunaikan haji pada tahun ini, 1444 Hijrah
BACA: Disapa Penumpang Peramah Dalam Pesawat, Wanita Dedah Nyaris Jadi Keldai Dadah
Sumber: BERNAMA