Siakap Keli
anggota tudm terkorban
Gambar: Sinar Harian

Dua Anggota TUDM Terkorban Dalam Insiden Letupan Bom Lempar

Dua Anggota TUDM Terkorban Dalam Insiden Letupan Bom Lempar

TAMPIN  — Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dalam satu kenyataan mengesahkan seorang jurulatih yang terlibat dalam insiden letupan bom lempar sewaktu sesi latihan di Kem Syed Sirajuddin meninggal dunia, lapor Sinar Harian.

Anggota Kedua TUDM Terkorban

Pengesahan kematian itu menjadikan kematian kedua direkodkan dalam kejadian tersebut selepas seorang lagi anggota TUDM disahkan meninggal dunia semalam.

Menurut Markas Tentera Udara, Allahyarham Koperal Udara Syuib Bidin, 33, merupakan jurulatih di Institut Pengajian Pentadbiran dan Pengurusan (INSTAR), Pangkalan Udara Sendayan.

Allahyarham disahkan meninggal dunia pada jam 5.45 petang sewaktu menerima rawatan di Hospital Segamat, Johor.

Sementara itu, anggota pertama yang dilaporkan meninggal dunia semalam Allahyarham Laskar Udara I Mohd Iqmal Masdi, 22, berasal dari Lenggeng.

Allahyarham Iqmal disahkan meninggal dunia pada jam 12.10 tengah hari di lokasi kejadian.

Beliau merupakan penuntut bagi Kursus Peningkatan Pembantu Pertahanan Kelas 1 (KPPP Kls 1) Siri 78/23 di INSTAR

Manakala Koperal Udara Khairuzaman Lokman, 35, yang juga seorang jurulatih masih menerima rawatan di hospital sama dan dalam pemantauan rapi.

Khairuzaman dilaporkan dalam keadaan stabil selepas mengalami kecederaan parah dalam insiden tersebut.

BACA JUGA: Polis Tembak Mati Isteri

Maklum kenyataan itu lagi, pihak TUDM menyatakan bahawa kebajikan keluarga mangsa-mangsa yang terlibat menjadi keutamaan. Perkara itu termasuk proses pengebumian.

TUDM juga telah memaklumkan perkara itu kepada waris anggota yang terlibat.

“Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Mohd. Asghar Khan Goriman Khan TUDM serta pucuk pimpinan tertinggi TUDM menzahirkan rasa dukacita atas kejadian yang berlaku dan merakamkan salam takziah kepada waris anggota yang meninggal dunia yang juga merupakan kehilangan besar kepada TUDM.

“Didoakan agar roh kedua-dua Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di dalam kalangan hamba-Nya yang beriman. Selain itu, diharapkan urusan rawatan kepada anggota yang cedera dipermudahkan, dilaksanakan dengan segera serta dikurniakan dengan kesembuhan,” jelasnya.

Siasatan kini sedang dijalankan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kejadian. Tambahan lagi, TUDM juga bakal menubuhkan Lembaga Siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian.

Sehubungan itu, pihak TUDM memohon agar semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi dan berita tidak sahih sehingga siasatan selesai.

Sumber: Sinar Harian

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.