Siakap Keli
resipi ayam palembang
Kredit: Qasih Jue Aisya/Facebook

Wanita Kongsi Resipi Ayam Palembang Yang Menggiurkan

Wanita Kongsi Resipi Ayam Palembang Yang Menggiurkan

Kalau bercakap mengenai ayam berlauk, semestinya kita akan memikirkan mengenai masakan ayam masak merah, ayam goreng, ayam masak lemak dan ayam masak kari kerana ia merupakan lauk harian yang sering dihidangkan di rumah.

Selain daripada hidangan yang dinyatakan, ramai juga yang akan memilih untuk masak ayam mentega yang menggunakan telur masin. Sebenarnya kalau nak tahu, ada satu lagi hidangan yang boleh dicuba orang ramai.

Pengguna Facebook Qasih Jue Aisya berkongsi mengenai resipi Ayam Palembang, yang dilihat seakan-akan ayam masak kicap. Warnanya sama seperti ayam masak kicap namun, rasanya kemungkinan lebih berlemak.

Jika anda menyukai kelainan, boleh mencuba resipi itu, bahan-bahannya juga mudah untuk didapatkan.

Bagi mengetahui resipi tersebut, sila rujuk perkongsian di bawah ini. Mana tahu kena dengan tekak? Selamat mencuba!

BACA: Jangan Buang, Wanita Kongsi Resipi Kerepek Kulit Kentang

Resipi Ayam Masak Palembang

Kredit: Qasih Jue Aisya/Facebook

Bahan-bahan untuk satu ekor ayam

A: Bahan-bahan dikisar

Kredit: Qasih Jue Aisya/Facebook

2 biji bawang besar (sederhana)

5-6 ulas bawang putih 

Seulas halia

B: Bahan-bahan yang tidak dikisar

Serbuk kunyit

2 -3 tangkai daun kari

1/2 cawan kicap manis

Cili kisar (ikut kepedasan) 

2 keping asam keping (besar)

100 ml santan 

Minyak

Garam (secukup rasa)

Gula (secukup rasa)

Cara-cara penyediaan

Kredit: Qasih Jue Aisya/Facebook

1. Gaul ayam dengan kuynit dan garam. Kemudian goreng hingga setengah masak dan setelah selesai ketepikan ayam itu

Kredit: Qasih Jue Aisya/Facebook

2. Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih, halia sampai naik bau

4. Masukkan cili kisar, tumis sampai pecah minyak

Kredit: Qasih Jue Aisya/Facebook

5. Masukkan kicap (kalau nak lebih hitam tambah kicap pekat)

Kredit: Qasih Jue Aisya/Facebook

6. Masukkan daun kari dan tumis sekejap. Seterusnya masukkan garam dan gula secukup rasa

7. Masukkan asam keping, ayam dan masak sehingga ayam empuk

8. Yang terakhir, masukkan santan

Biarkan mendidih dan siap untuk dihidangkan (sekiranya kering, boleh tambah sedikit air)

Sumber: Qasih Jue Aisya/Facebook

BACA: Kisah Luar Biasa Ibrahim Richmond, Bekas Paderi Yang Mengajak Ribuan Pengikut Kristian Masuk Islam

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.