Siakap Keli
abdul hadi hospital
Kredit: BERNAMA

Abdul Hadi Dibenar Keluar Hospital

Abdul Hadi Dibenar Keluar Hospital

KUALA TERENGGANU, 2 Julai (Bernama) — Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang yang dimasukkan ke wad Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, semalam, telah dibenarkan pulang ke rumah pada jam 2 petang tadi.

Perkara itu dimaklumkan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital Terengganu Ariffin Deraman, ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang, dimasukkan ke wad semalam disebabkan demam dan bukannya masalah jantung, seperti yang didakwa sesetengah pihak.

“Saya dan beberapa Exco negeri serta pimpinan PAS Terengganu ada melawat beliau tengah hari tadi. Keadaan beliau baik dan doktor telah memberi pelepasan (Abdul Hadi) pulang pada jam 2 petang tadi.

“Sebentar tadi pun saya telah hubungi keluarga tuan guru dan dimaklumkan beliau sudah tiba di rumahnya di Rhu Rendang (Marang),” katanya.

Semalam, kesihatan Abdul Hadi dilaporkan merosot dan terpaksa dimasukkan ke wad HSNZ bagi mendapatkan rawatan.

Kesihatan Abdul Hadi semakin stabil, pindah ke wad biasa

Sebelum ini, Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah memaklumkan kesihatan presiden parti itu, Tan Sri Abdul Hadi Awang kini menunjukkan peningkatan selain semakin stabil.

Seperti yang dilapor Sinar Harian, Mohd Amar berkata Abdul Hadi kini ditempatkan di wad biasa dan bukan lagi di Unit Rawatan Koronari (CCU) seperti sebelum ini.

Sumber: BERNAMA

BACA: Abdul Hadi Kekal Ahli Parlimen, Mahkamah Tolak Petisyen

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana