Siakap Keli
kenapa oyen special
Kredit: Ilustrasi

Kenapa Oyen “Special” Berbanding Kucing Lain? Ini Kajiannya

Kenapa Oyen “Special” Berbanding Kucing Lain? Ini Kajiannya

Di Malaysia, kucing oren atau lebih dikenali Oyen amat terkenal dengan sifatnya yang lain daripada lain kerana sering membuat kekacauan, hingga manusia melabelkan ia sebagai baka yang special atau istimewa.

Walaupun ia memberi masalah tetapi Oyen sentiasa menghiburkan hati orang ramai dengan gelagatnya yang ceria seperti warna kulitnya

Namun betul ke Oyen dianggap sebagai kucing yang paling mesra daripada semua kucing? Adakah itu hanya mitos? Atau pemerhatian yang dilakukan secara berat sebelah?

Sebenarnya, terdapat alasan munasabah lain menunjukkan sebab mengapa kucing Oyen mungkin lebih penyayang. Ini kerana jantina yang bertanggungjawab untuk haiwan itu adalah jantan.

Kucing jantan dikatakan lebih mesra sedikit daripada kucing betina dan perkara itu menjelaskan sifat penyayang yang ada pada Oyen.

Dalam satu kajian yang mengkaji kekerapan varian gen oren dalam kalangan populasi kucing mendapati bahawa kucing oren mungkin berbeza daripada kucing lain dalam beberapa cara.

BACA: Asyik Lepak Dengan Kapibara, Papan Tanda ‘Oyen’ Diletak Di Zoo Negara

Oyen: Tiga trend menarik

Kredit: Pexels.com

Penyelidikan yang dilakukan ke atas 56 hingga 491 ekor kucing di Perancis dari tahun 1982 sehingga 1992 telah menemui tiga trend menarik berkenaan dengan kucing oren.

Trend yang pertama menunjukkan kucing oren sangat biasa ditemui di luar bandar berbanding dengan persekitaran bandar disebabkan kawasan di sana kurang padat.

Kawasan persekitaran luar bandar membuatkan sistem mengawan kucing lebih polygyny yang membawa maksud kucing jantan cenderung mengawan beberapa kucing betina dalam satu masa.

Manakala, kucing betina hanya mengawan seekor jantan, ini untuk kawasan luar bandar. Sementara itu dalam persekitaran bandar, kedua-dua jantina itu mempunyai banyak pasangan.

Kemudian, kajian menunjukkan oren kurang biasa berada di kawasan yang mempunyai risiko kematian yang lebih besar.

Seperti di kawasan bandar, yang menyebabkan risiko kematian meningkat melalui pergaduhan yang tercetus dengan kucing lain.

Dalam masa yang sama, oren juga menunjukkan sexual dimorphism yang lebih besar. Kalau perasan fizikal oren jantan lebih berat daripada kucing warna lain.

Oyen, kucing yang istimewa

Yang menariknya, personaliti kucing ini terikat dengan warna bulu mereka, menurut Gary Witzman, ketua doktor haiwan di San Diego Humane Society.

Kebanyakan Oyen mempunyai personaliti yang paling suka membuat kawan, berani menghadapi risiko serta gagah.

Kredit: Merdeka.com

Lagi satu, kalau anda tengok dahi Oyen, pasti perasan akan tanda yang berbentuk seperti huruf M. Ia merupakan satu tanda menarik dan ada juga yang mendakwa ia seperti tanda pahlawan.

Watak kucing di dalam filem juga sering memaparkan watak Oyen yang berani seperti dalam filem Puss in Boots dan Shrek, di mana ia menunjukkan sifat kucing oren yang pandai mengaburkan mata pihak lawan.

Ia juga terjadi dalam dunia nyata apabila kucing itu mahu sesuatu sudah tentu ia akan bermanja dengan tuannya namun apabila sifat gila-gilanya muncul, Oyen akan mula membuat hal!

Oleh yang demikian, kita harus akui bahawa Oyen mempunyai sesuatu istimewa dalam diri mereka yang menyukarkan kita untuk membenci mereka.

Sekiranya anda mempunyai kucing Oyen, maka anda adalah manusia yang bertuah.

Sumber: Pyschology Today, Rover,

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana