Siakap Keli
badan hancur terjatuh tingkat 41
Kredit Sinar Harian

Lelaki Maut Terjatuh Dari Tingkat 41 Hotel, Badan Hancur

Lelaki Maut Terjatuh Dari Tingkat 41 Hotel, Badan Hancur

Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan mengerikan dengan separuh daripada badannya hancur selepas terjatuh dari tingkat 41 sebuh hotel di bandar Melaka, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, aduan berhubung penemuan mayat telah diterima olehnya pada jam 12.20 malam tadi.

Menurut Christopher, setiba di lokasi pihaknya mendapati lelaki berusia 52 tahun itu ditemui dalam keadaan tubuhnya hancur dari paras pinggang ke kepala. Ia dipercayai kesan daripada terjatuh dari bangunan yang tinggi.

Cebisan mayat ditemui di sekitar kawasan kejadian

Selain itu, cebisan mayat juga ditemui di sekitar kawasan kejadian tersebut.

“Aduan diterima dari seorang pemuda berusia 25 tahun dan sepasukan anggota dari Balai Polis Melaka Tengah dikejarkan ke lokasi untuk membuat pemeriksaan lanjut.

“Bangunan hotel itu mempunyai 42 tingkat dan dipercayai mangsa terjatuh dari tingkat 41,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, seorang saksi kejadian telah memaklumkan bahawa semasa kejadian dia telah terdengar sebuah bunyi yang kuat seperti letupan tayar. Saksi kemudiannya ternampak mangsa yang terjatuh berada dalam keadaan terlangkup.

“Dia nampak si mati dalam keadaan terlangkup dengan separuh dari badan telah hancur dan terus menghubungi penyambut tetamu hotel serta talian 999.

“Manakala dua orang saksi warga Bangladesh, ternampak mangsa dalam keadaan mencurigakan sebelum terjatuh,” katanya lagi.

Sementara itu, mayat mangsa dikatakan telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Melaka bagi menjalani proses bedah siasat. Kes itu juga telah dikasifikasikan sebagai mati mengejut oleh pihak polis.

BACA: Pernah Kena “Ignore” Dengan Operator, CEO Klook Kongsi Kisah Tercetusnya Idea Penubuhan Aplikasi Klook

Terdahulu, seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun maut dipercayai terjatuh dari tingkat 10 sebuah kondominium awal pagi semalam.

Ketua Polis Labuan Supt Ahmad Jawila berkata mayat kanak-kanak itu ditemukan di tingkat satu oleh penduduk kondominium berkenaan.

Beliau berkata kanak-kanak itu dipercayai terjatuh kira-kira 5.28 pagi dan kematiannya disahkan oleh pegawai perubatan yang tiba di tempat kejadian pada 7.42 pagi.

Sumber: Sinar Harian

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka