Siakap Keli
lelaki jutawan mengemis
Kredit: AFP

Lelaki Jadi Jutawan, Miliki Dua Pangsapauri Dengan Hanya Mengemis

Lelaki Jadi Jutawan, Miliki Dua Pangsapauri Dengan Hanya Mengemis

Dengan hanya mengemis di jalanan, seorang lelaki di India berjaya menukar status hidupnya menjadi jutawan sekelip mata, lapor Mothership.sg.

Difahamkan, lelaki tersebut kini mempunyai kekayaan dengan nilai bersih sebanyak RM4.24 juta dan memiliki dua pangsapuri bernilai RM397,000.

Seperti permulaan setiap cerita, lelaki yang bernama Bharat Jain mengalami masalah kewangan yang menyebabkan dia tidak mampu menyambung pelajaran akibat miskin.

Dia kemudiannya membuat keputusan untuk mengemis dan memperoleh sekitar RM113 hingga RM141 dalam masa 10 hingga 12 jam dalam sehari.

Sekiranya dilakukan dalam masa sebulan pada waktu yang sama, ia mampu mencecah kira-kira RM3,400 sehingga RM4,200.

Hasil pendapatan itu, dia mampu membeli dan memiliki dua kedai di bandar Thane dan mengutip RM1,700 daripada sewa bulanan.

Kini, dia tinggal di dupleks Bedroom Hall Kitchen, yang mempunyai bilik tidur, dewan dan dapur yang terletak di Parel bersama isteri, dua anak lelaki, abang dan bapanya.

Anak-anaknya kini mampu menerima pendidikan secara formal tanpa mengalami masalah yang dialaminya pada suatu ketika dahulu.

Dengan tindakan lelaki tersebut, ahli keluarganya juga melakukan perniagaan sama sepertinya, di mana mereka kini memiliki kedai alat tulis.

Oleh sebab kehidupannya telah berubah ke arah lebih baik, keluarga menasihatkan Bharat supaya tidak melakukan perbuatan mengemis.

Pun begitu, Bharat yang sudah terbiasa dengan rutinnya, tidak mengendahkan nasihat keluarganya untuk berhenti mengemis

Dia kini masih boleh dilihat mengemis di jalanan sekitar Mumbai.

BACA: Tular Kurus & Lemah, Panda Di Zoo US, Ya Ya Akan Pulang Ke China

Mengemis di MRT, opah raih sehingga RM900 sehari

Sebelum ini, media turut melaporkan seorang warga emas meraih ratusan dolar setiap hari dengan mengemis di hadapan pintu keluar sebuah stesen MRT.

Wanita dilapor mampu meraih sekitar RM600 hingga RM900 setiap hari dengan mengemis di kawasan berkenaan.

Menurut laporan The Independent, wanita berkenaan sering ditemui di pintu masuk MRT berkenaan sambil membongkokkan badan.

Dalam satu tinjaun yang dibuat oleh wartawan 8 World, wanita berkenaan muncul di siang hari dan mula berjalan secara perlahan-lahan.

Dia dikatakan akan mengemis bermula pukul 10 pagi hingga sekitar 7 petang.

Sumber: Mothership.sg

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana