Siakap Keli
Ahmad ibrahim mat london meninggal dunia
Kredit: Facebook

Pelakon, ‘Mat London’ Meninggal Dunia

Ahmad Ibrahim ‘ Mat London ‘ Meninggal Dunia Pada Usia 74 Tahun

Pengarah, Ahmad Ibrahim dilapor meninggal dunia ketika menerima rawatan di unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur (HKL), kira-kira jam 5.57 pagi ini.

Allahyarham Ahmad Ibrahim yang juga dikenali sebagai Mat London telah meninggal dunia pada usia 74 tahun.

Berita pemergian Presiden Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) itu disahkan menerusi Facebook anaknya, Salmany Akir Ahmad.

“Sesudah laungan azan subuh… Papa menghembuskan nafas terakhir di hening pagi yang masih sepi di pagi Jumaat,” katanya.

Sebelum ini, Allahyarham menerima rawatan di HKL sejak 16 Jun lalu akibat masalah jangkitan paru-paru dan berada dalam keadaan kritikal.

Bagaimanapun, keadaannya bertambah kritikal dan tidak memberi sebarang tindak balas hingga terpaksa ditidurkan pada 26 Jun.

Menurut Sinar Harian, selain masalah jangkitan paru-paru, Allahyarham turut mempunyai masalah keupayaan jantung yang lemah untuk mengepam darah. Allahyarham juga dilapor mengidap masalah buah pinggang.

Allahyarham merupakan antara tunjang filem komedi seram popular, Kampung Pisang. Dalam siri filem berkenaan, Allahyarham membawa watak sebagai Pak Karim.

BACA: Pasrah Tempoyak ‘Meletup’, Kawasan Dapur Dah Jadi Macam Zon Perang

Sumber: Sinar Harian, Salmany Akir Ahmad via Facebook

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma