Ramai Tak Tahu, Sazali Samad Perjelas Perbezaan Antara Gelaran Mr. Universe & Mr. Olympia
Aktiviti sihat seperti bina badan mulai mendapat tempat dalam kalangan anak-anak muda pada masa kini.
Ada yang melakukannya untuk saja-saja dan ada juga yang bersemangat melakukannya untuk menyertai pertandingan.
Bagi mereka yang sudah biasa dalam dunia sukan bina badan ini, pastinya pernah mendengar istilah Mr. Universe dan Mr. Olympia.
Namun masih ramai yang tidak tahu apa maksud sebenar kedua istilah itu dan apa beza bagi kedua-duanya?
Justeru perkongsian pada hari ini akan memberi penjelasan berkenaan maksud dan perbezaan bagi Mr. Universe dan Mr. Olympia tersebut.
Penjelasan itu telah dikongsikan oleh legenda bina badan negara, Sazali Samad menerusi perkongsiannya di TikTok @sazali.samad.
Bekas atlet bina badan negara Sazali Samad menerusi perkongsian video terbaru TikTok miliknya telah menjawab soalan pengguna berkenaan perbezaan Mr. Universe dan Mr. Olympia itu.
Menurut Sazali, dua istilah itu adalah nama bagi acara bina badan yang dipertandingkan.

Mr. Universe bermaksud kemenangan tertinggi di peringkat amatur. Manakala Mr. Olympia pula ialah kemenangan tertinggi di peringkat profesional.
“Mr. Universe adalah kemenangan di peringkat tertinggi amatur atau ‘amateur’. Kalau Mr. Olympia, kemenangan di peringkat tertinggi profesional,” kata Sazali menerusi perkongsian muat naik tersebut.
Bagaimanapun, tambahnya bagi Mr. Olympia terdapat juga kategori yang dinamakan Mr. Olympia Amateur.

Sazali juga sempat berkongsikan bahawa beliau juga pernah menyertai pertandingan itu dan berjaya menduduki tempat yang ketiga pada tahun 2019 ketika pertandingan tersebut diadakan di Jepun.
“Tapi saya pernah dapat masuk Mr. Olympia Amateur,” tambah Sazali lagi.
Top 3 Mr Olympia Amateur di Jepun
“Nampak, top 3 ni, walaupun amatur belum pro lagi ni. Mana nak dapat Mr. Olympia amatur yang mahal tu. Dekat Jepun tahun 2019,” kata Sazali yang berkongsikan kejayaannya sambil menunjukkan medal yang diperolehinya.

BACA: Bukan Saja-Saja Letak, Ini Fungsi Lubang Kecil Pada Topi
Sazali pernah memenangi kejuaraan Mr Universe sebanyak 10 kali, iaitu di Melaka pada 2000; Moscow, Rusia (2004); Ostrava, Republik Czech (2006); Jeju, Korea Selatan (2007)
Seterusnya ialah di Dubai (2009); Varanasi, India (2010); Melaka (2011); Bangkok, Thailand (2012), Budaors, Hungary (2013) dan Mumbai, India (2014).
@sazali.samad Replying to @Budak J #mruniverse #mrolympia #fyp #sazalisamad #bodybuilder #fit56 #bodybuilding #lifestyle #fitness #olympiaamateur #kekalsihat
♬ original sound – Sazali Samad Shoppe – Sazali Samad Shoppe
Sumber: TikTok/@sazali.samad