Siakap Keli
kapal kargo karam sarawak
Gambar: APMM Sarawak Via Astro Awani

Kapal Kargo Karam Di Sarawak, 9 Kru Dilapor Hilang

Kapal Kargo Karam Di Sarawak, 9 Kru Dilapor Hilang

Sebuah kapal kargo dipercayai karam dan terbalik di kawasan perairan Pulau Burung di Sebuyai, Sarawak hari ini.

Memetik laporan Astro Awani, kapal itu membawa sembilan anak kapal termasuk empat dari Malaysia.

Pengarah Maritim Negeri, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Md Yunus berkata KM Kinabalu telah digerakkan untuk membantu aktiviti mencari dan menyelamat mangsa.

BACA: 80 Tahun Berlalu, Kapal Karam Perang Dunia Kedua Dilapor Bocorkan Bahan Pencemar & Ubah Persekitaran Laut Utara

“Berdasarkan maklumat awal, kapal tersebut membawa empat kru Malaysia, manakala empat lagi kru warganegara Myanmar dan seorang kru Indonesia,

“Kapal kargo tersebut dipercayai dalam perjalanan dari Riau ke Kuching.” katanya dalam satu kenyataaan media.

Jelasnya lagi, kapal tersebut dilaporkan karam pada tengah hari tadi.

Sementara itu panggilan kecemasan mengenai kejadian yang menimpa kapal yang didaftarkan dengan nama Tung Sung itu telah diterima melalui aplikasi WhatsApp sekitar jam 2.08 petang.

BACA JUGA: Tular Foto Objek Menyerupai Kapal Karam, Dilaporkan Dikesan Dalam ‘Google Maps’ Oleh Pemancing

Sumber: Astro Awani

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.