Siakap Keli
kucing tentera laut
Kredit: National Geographic

Pernah Diberi Tugas ‘istimewa’ Di Kapal, Ini Sejarah Kucing Dengan Tentera Laut

Pernah Diberi Tugas ‘istimewa’ Di Kapal, Ini Sejarah Kucing Dengan Tentera Laut

Pernah dengar tak kucing menjadi sebahagian anggota penting semasa berada di laut bersama tentera laut? Sebenarnya, tentera laut dan kucing mempunyai hubungan yang istimewa.

Hubungan itu tercipta apabila kucing tersebut diberikan satu peranan penting yang hanya boleh dilakukan oleh haiwan berbulu berkenaan.

Ia bermula pada abad ke-19, di mana kucing memainkan peranan penting di atas kapal sebagai penangkap tikus yang mahir. Ini kerana tikus adalah masalah utama di kapal kerana ia merosakkan makanan kru, mengunyah peralatan dan menyebarkan penyakit.

Kredit: National Geographic

Bagi pelaut dengan adanya kucing, ia memberi penyelesaian yang murah dan mudah untuk menyelesaikan sebarang masalah yang melibatkan tikus.

Bagi melindungi dokumen penting daripada dimakan tikus, kerajaan Amerika Syarikat (US) membekalkan ‘unit-unit’ kucing kepada Tentera Laut US (US Navy).

Menariknya, kucing yang ‘ditugaskan’ bersama Tentera Laut US akan menerima ‘elaun’ makan mingguan sebanyak satu syiling dan enam pence (nilai matawang semasa itu) untuk membayar makanan dari kantin kapal.

BACA: Kenapa Oyen “Special” Berbanding Kucing Lain? Ini Kajiannya

Kepercayaan tentera laut mengenai kucing

Kredit: US Naval Institute

Pelaut percaya bahawa kucing melindungi mereka dengan membawa tuah. Mereka turut berpendapat penglihatan kucing yang tajam akan membantu membimbing mereka dalam pelayaran kapal pada waktu malam. Ini kerana kucing mampu mengesan lampu dari jarak jauh.

Kepercayaan yang lain adalah haiwan tersebut dikatakan boleh mengawal cuaca dengan ekornya. Hal ini boleh dilihat dengan ekor kucing itu, di mana apabila ia mula membengkokkan ekor dengan cara tertentu, ini bermakna kucing tersebut berada dalam keadaan gelisah dengan penurunan tekanan udara secara tiba-tiba.

Ia menunjukkan bahawa kapal itu sedang menuju ke cuaca yang tidak baik. Disebabkan itu pelaut mula memantau semua tingkah laku kucing mereka dan melihat sebarang reaksi luar biasa seperti amaran ribut.

Sementara itu, pelaut yang bersiap sedia untuk berlayar juga menganggap mereka akan bernasib baik sekiranya kucing memilih untuk menaiki kapal mereka.

Bagaimanapun, mereka takut akan bencana jika kucing yang lama (sebelum itu) memutuskan untuk melompat keluar sejurus sebelum berlayar. Pelaut menganggap tidak bernasib baik jika mereka melihat dua anak kucing bergaduh di jeti.

Maskot kapal

Kredit: US Naval Institute

Kalau nak tahu, selain berperanan menjadi penangkap tikus, ia juga dijadikan sebagai maskot kapal, yang membantu mewujudkan ikatan persaudaraan dalam kalangan anak kapal.

Biarpun sukar untuk dilatih melakukan beberapa helah namun kucing itu dapat memberi kerjasama dengan berdiri di hadapan bersama barisan tentera laut yang lain.

Selain itu, ia juga memberi tabik hormat, berjalan dengan tali dan memakai loceng. Tidak lupa juga, kucing turut bertanggungjawab dalam membuat persembahan ringkas menyambut tetamu yang datang.

Tindakan yang dilakukan kucing itu menyumbang kepada usaha muhibah Tentera Laut US di pelabuhan asing apabila penduduk tempatan dijemput untuk lawatan kapal.

Pandai berdikari, cari makanan sendiri

Walaupun kucing terkenal dengan keengganan dan ketakutannya terhadap air, tetapi ia mampu menyesuaikan diri dengan baik dengan suasana kehidupan di laut.

Ia tidak seperti kebanyakan tentera laut, yang terpaksa mengambil minuman jus sitrus untuk mengelakkan kekurangan vitamin C.

Manakala, kucing pula membuat vitamin C mereka sendiri dan boleh bertahan dengan diet yang terdiri daripada ikan dan mamalia tanpa perlu makan buah-buahan dan sayur-sayuran.

Kredit: US Naval Institute

Apabila tikus berkurangan, kucing mempunyai kaedah yang berbeza untuk menangkap ikan untuk diri sendiri. Mangsa yang paling mudah ialah ‘mangsa’ (ikan) yang terdampar di dek.

Sesetengah kucing mengatasi ketidaksukaan mereka terhadap air untuk menjadi penyelam mahir yang boleh menangkap ikan di lautan.

Kucing yang tidak pernah selesa untuk berenang masih boleh memburu dengan cekap, menangkap ikan yang melompat di atas dek kapal.

Tujuan kucing menangkap ikan adalah untuk mendapatkan kelembapan yang mereka ia dalam diri, selain juga tidak perlu untuk meminum air yang banyak seperti pelayar yang lain.

Kucing mempunyai sistem penapisan dalaman yang sangat baik yang membolehkan mereka minum sedikit air laut jika perlu.

Sumber: National Geographic, US Naval Institute

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana