Siakap Keli
Chung Lim meninggal dunia
Kredit Zoom

Penyanyi & Pelakon Korea Selatan, Chung Lim Meninggal Dunia Akibat Kanser

Penyanyi & Pelakon Korea Selatan, Chung Lim Meninggal Dunia Akibat Kanser

Penyanyi dan pelakon Korea Selatan, Chung Lim dilaporkan meninggal dunia pada semalam di usia 37 tahun selepas bertarung dengan kanser kolon sejak 10 tahun lalu, lapor Zoom.

Chung Lim atau nama sebenarnya Han Chung Lim, membuat penampilang sulung menerusi sebuah drama Korea yang diminati ramai bertajuk ‘Sorry, I Love You’.

Dia kemudiannya meneruskan kerjaya seninya dengan membintangi beberapa filem dan siri.

Chung Lim terkenal dengan bakat menari dan menyanyi, malah dia juga merupakan seorang bintang yang paling menjanjikan dalam dunia hiburan tersebut.

Sebelum ini, Chung Lim disahkan menghidap kanser kolon pada 13 tahun yang lalu iaitu pada tahun 2010. Beliau telah menjalani rawatan, termasuk pembedahan dan kemoterapi.

Walau bagaimanapun, kansernya itu kembali semula pada tahun 2011. Sejak itu dia telah bertarung dengan penyakit itu dan pada akhirnya telah menyebabkan kehilangan nyawanya.

Berita pemergian bintang itu telah mengejutkan dunia hiburan Korea Selatan serta peminatnya.

Tahun ini merupakan tahun terburuk bagi dunia hiburan Korea Selatan. Di mana ramai bintang yang bersinar telah meninggal dunia.

Seperti diketahui, sebelum ini penyanyi Lee Sang Eun ditemui mati di dalam bilik air pada usia 46 tahun beberapa jam sebelum persembahannya di atas pentas.

Bintang K-pop ASTRO, Moobin Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumahnya

Terdahulu, ahli kumpulan K-pop ASTRO, Moobin dilaporkan telah meninggal dunia kira-kira 8 malam, pada Rabu 19 April, di usia 25 tahun.

Lapor Soompi, Balai Polis Gangnam Seoul melaporkan bahawa Moobin ditemui mati di kediamannya di daerah Gangnam di Seoul pada hari ini.

Pengurusnya yang menemui Moobin segera menghubungi polis supaya siasatan dapat dijalankan.

Berdasarkan siasatan awal, polis menyatakan bintang k-pop itu disyaki bunuh diri namun siasatan akan diteruskan bagi mengenal pasti punca kematiannya.

“Kami sedang membincangkan kemungkinan untuk melakukan bedah siasat untuk menentukan punca kematian dengan tepat,” katanya.

BACA: Ada Mulut Rupanya, Baru Tahu Macam Mana Cara Siput Makan

Difahamkan juga, sebelum pemergiannya, Moobin dijadualkan untuk membuat persembahan di Dream Concert.

Persembahan itu merupakan salah satu promosi yang sedang dibuat untuk kumpulan sub unit ASTRO, Moobin&Sanha.

Moobin&Sanha mengadakan Fan Con Tour: (Diffusion) bermula di Seoul, Korea Selatan pada 18 dan 19 Mac.

Kemudian kumpulan sub unit itu akan ke Manila (Filipina) pada 25 Mac, Bangkok (Thailand), 8 April dan Macau (China) pada 22 April ini.

Sumber: Zoom

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka