Siakap Keli
burung biru twitter x
Gambar: AFP

Tiada Lagi ‘Burung Biru’, Logo Twitter Kini Bertukar Jadi X

Tiada Lagi ‘Burung Biru’, Logo Twitter Kini Bertukar Jadi X

Selepas 17 tahun, logo ikonik burung biru yang sinonim dengan platform media sosial terkemuka, Twitter kini telah digantikan dengan lago baharu, X.

Logo baru X dengan latar belakang berwarna hitam itu mula digunakan sejak semalam dan boleh dilihat di laman web Twitter. Bagaimanapun, logo burung biru untuk aplikasi Twitter di telefon bimbit masih ada sehingga ke hari ini.

Pengumuman penukaran logo itu dibuat oleh pemilik Twitter, Elon Musk dan CEO, Linda Yaccarino pada Ahad.

Menurut Musk, penukaran logo berkenaan adalah seiring dengan penjenamaan semula aplikasi tersebut, juga kepada X. Ia juga petanda kepada permulaan syarikat itu membina sebuah ”aplikasi segalanya”.

Hubungan billionaire itu dengan logo X sebenarnya sudah bermula sejak 24 tahun lalu ketika di menjadi pengasas bersama kepada sebuah bank online, x.com. Bank online itu kemudiannya berubah menjadi PayPal walaupun dibantah Musk ketika itu.

Pada 2017, Musk membeli semula domain x.com daripada PayPal dengan alasan domain tersebut mempunyai nilai sentimental kepadanya.

Sejak semalam, domain x.com kini mengarah kepada laman web Twitter. Manakala syarikatnya yang terlibat dalam industri angkasa lepas dikenali sebagai SpaceX.

Tiada lagi burung biru, Twitter kini jadi X

Sejak mengambil alih syarikat berkenaan pada Oktober tahun lepas, Musk secara terbuka berkongsi hasratnya untuk mewujudkan sebuah aplikasi pelbagai guna.

Aplikasi pelbagai guna berkenaan pula mampu menawarkan pelbagai perkhidmatan kepada pengguna, lebih daripada sekadar aplikasi media sosial semata-mata.

Menurut AFP, Musk mendapat inspirasi untuk mencipta ”aplikasi segalanya” daripada aplikasi WeChat yang terkenal di China.

”Anda secara umumnya ‘hidup’ dalam aplikasi WeChat seperti di China kerana ia sangat berguna dan begitu berfungsi dalam kehidupan seharian.

”Jadi, saya fikir jika kita berjaya membawa ‘itu’ kepada Twitter, ia akan menjadi satu kejayaan yang sangat besar,” kata Musk dalam satu sesi town hall bersama syarikat pada Jun.

Dalam pada itu, penukaran jenama dan logo Twitter ini juga mencetuskan pelbagai perdebatan dalam pengguna. Antara yang dibangkitkan adalah penggunaan istilah-istilah yang sinonim dengan Twitter seperti tweet dan retweet.

Bagaimanapun, Musk dalam satu tweet terbaru dibawah identiti baru Twitter berkata, setiap post terbaru di Twitter kini dipanggi sebagai “satu X”. Musk juga meminta pengguna Twitter daripada berhenti menggunakan istilah tweet dan retweet selepas ini.

BACA: Tinggi 26km & Lebar 600km, Kenali Olympus Mons Gunung Berapi Tertinggi & Terbesar Sistem Solar

Sumber: AFP

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.