Siakap Keli
raz irina "perfect score"
Gambar: Fb Kementerian Pendidikan Malaysia

Dah Dapat Tawaran Dari Imperial College London, Raz Irina Berjaya Capai “Perfect Score” Dalam Peperiksaan IB

Dah Dapat Tawaran Dari Imperial College London, Raz Irina Berjaya Capai “Perfect Score” Dalam Peperiksaan IB

KUALA LUMPUR — Seorang pelajar dari Kolej Tunku Kurshiah, Raz Irina Mohd Razlan mengejutkan dunia apabila berjaya mencapai skor sempurna 45/45 poin dalam peperiksaan IB May 2023.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan berita gembira tersebut.

Raz Irina yang juga pelajar Kohort 6 program Diploma International Baccalaureate kolej itu telah mencapai gred tertinggi (Gred 7) bagi 6 kumpulan subjek.

Ia termasuk 3 mata penuh untuk subjek CORE (Extended Essay dan TOK).

Lebih manis lagi, kejayaan berkenaan meletakkan Raz Irina sebagai antara kurang 1 peratus calon dari seluruh dunia yang berjaya mencatat skor sempurna.

Tambah KPM, pelajar itu merupakan individu yang penuh dengan keterampilan diri.

“Seorang pelajar yang sentiasa komited, positif, mempamerkan kematangan diri dalam berfikir dan ampuh berdikari, Raz Irina menunjukkan konsistensi dan kecemerlangan dalam pembelajarannya,” maklum Kementerian itu lagi.

Kejayaan yang dikecapi ini sudah tentunya meletakkan dirinya dalam ‘radar’ institusi dunia.

Beliau difahamkan telah menerima tawaran untuk melanjutkan pengajian di Imperial College London. Institusi pengajian berkenaan menawarkannya jurusan MEng Chemical Engineering.

Sehubungan itu, KPM turut mengucapkan ‘Tahniah’ dan selamat maju jaya kepada pelajar itu.

“Tahniah dan selamat maju jaya kepada Raz Irina Mohd Razlan,” kata KPM.

Apa itu Peperiksaan IB?

Menurut portal KPM, peperiksaan IB merupakan singkatan  kepada International Baccalaureate.

Program Diploma International Baccalaureate (IB) merupakan program prauniversiti yang mendapat pengiktirafan antarabangsa.

BACA JUGA: Pelajar Malaysia No. 1 Global Dalam Peperiksaan ACCA

Program ini dijalankan dalam tempoh dua tahun, iaitu empat semester. Diploma IB merupakan kelayakan yang boleh diterima pakai bagi kemasukan ke program ijazah sarjana muda di dalam negara dan di luar negara.

Program ini telah dilaksanakan di The Malay College Kuala Kangsar, Perak mulai tahun 2011, manakala di Kolej Tunku Kurshiah dan Negeri Sembilan mulai tahun 2016. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut boleh klik di sini.

Sumber: Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?