Siakap Keli
bell mini cooper
Kredit: dtcmotors/Facebook

Bell Ngasri Melompat Gembira Terima Hadiah Kereta Mini Cooper

Bell Ngasri Melompat Gembira Terima Hadiah Kereta Mini Cooper

Desas-desus mengenai pemberian hadiah kereta kepada pelawak dan pelakon Bell Ngasri akhirnya terungkai selepas pihak penaja DTC Carlifestyle membuat keputusan untuk menghadiahkannya sebuah kereta jenis Mini Cooper pada hari ini.

Pemberian itu dihadiahkan susulan dengan kemenangannya selaku pemenang tertinggi dalam sebuah acara anugerah hiburan ternama baru-baru ini.

Difahamkan, pelawak berusia 42 tahun itu tidak mengetahui jenis kereta yang dihadiahkan namun dia tetap bersyukur terhadap pemberian tersebut.

Dalam majlis penyerahan yang dijalankan pada 10.30 pagi tadi, ia memaparkan Bell menerima kereta bernilai kira-kira RM200,000.

Menerusi perkongsian video DTC (dtcmotors) di Facebook, pendedahan jenis kereta itu dibuat di hadapan peminat dan seisi keluarga Bell.

Kredit: dtcmotors/Facebook

Selepas mendapat tahu jenis kereta itu, Bell melompat kegembiraan kerana tidak menyangka akan menerima kereta yang berharga lebih daripada RM100,000.

Rata-rata warga maya meninggalkan komen mengucapkan tahniah kepada Bell dan turut gembira dengan kejayaan Bell.

https://www.facebook.com/dtclifestyleHQ/videos/252208300956248/

Sebelum majlis penyerahan

Sebelum ini, DTC (@dtc_carlifestyle) berjumpa dengan pelawak tersebut di Jabatan Pengangkutan Jalan Kuala Lumpur untuk mendaftarkan kereta berkenaan.

DTC mengatakan bahawa pihaknya sememangnya mahu memberikan Bell kereta kerana menghargai jasa Bell dalam industri.

“Ini bukan penipuan atau membongak nak bagi kereta ke, memang betul nak bagi. Memang DTC beri sebuah kereta kepada Bell, sempena kita menghargai dia.

“Kereta apa itu, Bell sendiri pun tidak tahu. Dia pun datang awal. Memang dia akan terkejut.

“Kereta daftar hari ini tapi bukan ambil hari ini.

“Kita nak bagi walaupun kita sponsor tanpa apa-apa pembayaran kita kena bagi yang terbaik.

“Dia dapat kereta continental. Itu je petunjuk,” jelasnya.

Mereka kemudiannya meneruskan pencarian Bell dan tempat letak kereta sebelum masuk ke pejabat JPJ.

Tidak lama itu, Bell pun datang dan mereka terus masuk ke JPJ untuk mendaftar kereta tersebut dan urusan mereka selesai.

@dtc_carlifestyle

Alhamdulillah kereta pon dah register cuma kereta masih dirahsiakan. Jom tengok gelagat @bellngasri di JPJ Wangsa Maju baru-baru ini. . . . . . #dtcmotors #dtccarlifestyle #dtckualalumpur #dtckuantan #dtcrecondcar #dtccardealership #thefemarofficial #femarcosmetics #femarbarkoba #femaryakyakyeay #barkobadapatkereta #femarskintin #femarmakeupmelter #femartravelcombo #femarcombo #femardailycombo #belldapatkereta #keretabarubell #bintangpalingpopular #abpbh35

♬ original sound – DTC Motors – DTC Motors

Sumber: dtc_carlifestyle/TikTok

BACA: Penantian Lebih 30 Tahun Terbalas, Bell Ngasri Bolot Dua Anugerah Berprestij

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: