Siakap Keli
konsert muse delay sejam
Kredit: Hello Universe/Facebook, Muse/Instagram

Konsert Muse: Penganjur Mohon Maaf & Jelaskan Kenapa “Delay” Sejam

Konsert Muse: Penganjur Mohon Maaf Dan Jelaskan Kenapa Konsert “Delay” Sejam

Masa terlewat sejam, pihak penganjuran Hello Universe tampil mohon maaf dan jelaskan sebab kepada penonton yang hadir berkenaan perkara yang berlaku semasa konsert Muse: Will of The People World Tour 2023 pada Sabtu lalu.

Dalam satu kenyataan, Hello Universe mengesahkan pertunjukan konsert pada malam Sabtu itu ditangguhkan sebentar untuk memastikan keselamatan para penonton.

“Terdapat lonjakan trafik berlaku semasa tiba di Stadium Bukit Jalil antara 8. 15 malam dan 8.45 malam.

“Maka kami putuskan untuk memberi lebih banyak masa buat penonton di pintu masuk supaya orang ramai tidak tergesa-gesa dan ini dapat dikawal dengan baik,” maklum kenyataan itu.

Jelasnya, perkara kedua yang menyumbang kepada sebab konsert itu ditangguh adalah kerana terdapat isu kecil melibatkan penghalang di Zon C kira-kira jam 8.45 malam.

“Disebabkan keselamatan orang ramai yang paling utama, kami memerlukan 10 hingga 15 minit untuk membetulkannya bagi mengelakkan sebarang kemalangan yang melibatkan penonton.

“Setelah isu ini diselesaikan dan pihak keselamatan telah mengisytiharkan kawasan itu selamat untuk dibuka, kami memaklumkan kepada semua pihak bahawa konsert itu boleh diteruskan (dimulakan),” tambahnya.

Hello Universe menegaskan bahawa mereka mengambil semua kebimbangan keselamatan dengan serius.

“Ia adalah keutamaan kami dalam apa jua keadaan yang kami lakukan.

“Kelewatan itu juga sebahagiannya disebabkan pihak produksi terpaksa memastikan laluan jelas untuk kumpulan itu memasuki pentas dan memulakan persembahan mereka,” ujarnya.

BACA: The Strokes Umum Tambah Sehari Lagi Konsert Di Singapura Khas Untuk Peminat Di Malaysia

Keluarkan satu lagu tidak bersesuaian, hormat garis panduan

Sebelum ini, Muse  membuat keputusan untuk mengeluarkan sebuah lagu yang tidak bersesuaian dari senarai set untuk konsert tersebut.

Wakil penganjur Hello Universe Malaysia, Adam Ashraf berkata pihak pengurusan Muse secara proaktif menghubungi mereka untuk memastikan set lagu mereka mematuhi garis panduan hiburan di Malaysia.

Perkara itu dibuat susulan insiden kontroversi The 1975 di Festival Good Vibes (GVF) yang viral pada baru-baru ini.

“Mereka menghubungi kami sejurus selepas insiden itu heboh satu dunia. Selepas perbincangan, mereka memutuskan untuk buang satu daripada senarai lagu kerana judulnya.

“Sangat seronok untuk mengetahui mereka tidak sabar untuk membuat persembahan sambil menghormati garis panduan kita,” katanya kepada Gempak.

Sumber: Hello Universe/Facebook

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana