Siakap Keli
Taylor Swift beri bonus
Kredit Emily Curiel/[email protected]

Taylor Swift Dilapor Beri Bonus Berjumlah RM250 Juta Kepada Semua Krew Konsert Jelajahnya

Taylor Swift Dilapor Beri Bonus Berjumlah RM250 Juta Kepada Semua Krew Konsert Jelajahnya

Taylor Swift dilaporkan akan memberikan bonus USD55 juta (RM250 juta) kepada semua krew untuk konsert Eras Tour besar-besarannya, lapor People.

TMZ sebelum ini melaporkan bahawa Swift, 33, menghadiahkan pemandu lori untuk konsert jelajahnya sebanyak USD100,000 (RM453,000) setiap seorang menjelang konsert jelajahnya di Santa Clara.

Pemenang anugerah Grammy itu memulakan konsert jelajahnya pada Mac di Glendale, Arizona dengan mempersembahkan sebanyak 44 lagu sejak kerjayanya bermula.

Konsert Swift telah menarik ramai bintang terkenal antaranya Miles Teller, Drew Barrymore, Reese Witherspoon, Gigi Hadid, Paul Rudd dan ramai lagi.

Swift merancang konsert jelajah di seluruh Eropah, Asia dan Australia pada 2024 depan

Pada Jun lalu, Swift mengumumkan dia akan menjelajah ke seluruh dunia pada 2024 untuk konsertnya di seluruh Eropah, Asia dan Australia.

Penyanyi itu mengumumkan konsert antarabangsa pertamanya di Amerika Latin pada awal bulan lalu. Swift juga turut memberi bayangan terdapat banyak lagi negara dan tarikh yang lain akan diumumkan pada masa akan datang.

Selepas pelancaran rakaman semula album terbarunya yang berjudul Speak Now, Swift mengejutkan peminat di konsert jelajahnya di Kansas City selepas Joey King, Presley Cash dan Taylor Lautner muncul di atas pentas.

Kemunculan bintang-bintang itu berlaku selepas Swift melancarkan video muzik terbarunya untuk lagu ‘I Can See You’.

BACA: Singapura Satu-satunya Wakil Dari Asia Tenggara, Terpilih Adakan Konsert Jelajah Taylor Swift 

Dalam video muzik yang penuh aksi itu, ketiga-tiga mereka membantu Swift dalam merakam album studio ketiganya.

“Saya merakam album ini ketika saya berumur 32 tahun dan kenangan yang dibawanya telah mengisi nostalgia dan penghargaan untuk saya. Untuk kehidupan, untuk anda, kerana saya dapat meneruskan kerjaya saya.

“Terima kasih untuk sejuta kalinya, untuk kenangan kita bersama,” tulisnya di Instagram selepas rekod itu dikeluarkan.

Terdahulu, Taylor Swift dilaporkan telah memilih Singapura sebagai satu-satunya negara Asia Tenggara sebagai lokasi konsert jelajahnya pada Mac 2024 depan.

Memetik CNA, konsert yang dinamakan sebagai Eras Tour itu akan diadakan selama tiga hari di Stadium Nasional Singapura.

Selain itu, pengumuman tersebut turut dibuat sendiri oleh Taylor Swift menerusi ciapannya di Twitter miliknya pada hari ini.

Sumber: People

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka