Siakap Keli
aqasha shallow melting
Kredit: RTM

“Suara Bikin Melting”, Aqasha Bawa Lagu Shallow, Peminat Kata Macam Bradley Cooper

“Suara Bikin Melting”, Aqasha Bawa Lagu Shallow, Peminat Kata Macam Bradley Cooper

Hero idaman para gadis-gadis era millennial, Aqasha tampil membawa lagu Shallow dendangan Bradley Cooper dan Lady Gaga dengan suara yang membuatkan para peminatnya ‘melting ‘.

Video nyanyian pelaon berkenaan dimuat naik oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) akaun TikTok rasminya (@radiotelevisyenmalaysia) baru-baru ini.

Dalam klip pendek tersebut, Aqasha atau nama sebenarnya, Firdee Akassya bin Rosli (41) dilihat begitu bergaya mendendangkan lagu tersebut sambil ditemani petikan gitar sendiri.

Lagu duet berkenaan merupakan sebahagian daripada lagu yang dimuatkan dalam filem A Star is Born yang diterbitkan pada 2018.

@radiotelevisyenmalaysia

Mesti korang cair kan dengar lagu asal daripada Bradley Cooper dan Lady Gaga ni 🥰💖 #IniBaruBintang #Shallow #RTMKlik

♬ original sound – RTM Malaysia Official – RTM Malaysia Official

Walaupun klip tersebut singkat tetapi ia cukup untuk mengubat rasa rindu peminatnya yang sudah lama menantikan sosok kehadiran artis kegemarannya.

Selain daripada mengubati rasa rindu, suara merdu Aqasha yang cukup maskulin telah memukau dan mencairkan para pendengarnya.

Perkara ini dapat dilihat menerusi ruangan komen pada hantaran video terbabit, yang mana rata-rata peminat memuji persembahannya.

“Aqasha ni kalau nyanyi English songs, heart melting gila,”

“Suara dia ni jantan betul.”

“Suara dia memang sedap…”

Difahamkan, klip pendek tersebut merupakan sebahgaian daripada persembahannya dalam Konsert Ini Baru Bintang baru-baru ini.

Dalam persembahan tersebut, Aqasha telah berduet dengan penyanyi wanita, Eryn Gani yang turut menyampaikan lagu tersebut dengan baik.

Sejak persembahan itu, Aqasha telah mendapat nama julukan ‘Bradley Cooper Malaysia’ disebabkan kemiripan suaranya dengan bintang Amerika Syarikat itu.

Aqasha mengaku agak selektif ketika memilih skrip kerana saya tak mahu mambawa watak yang sia-sia

Kebanyakan para peminatnya tertanya-tanya mengapa Aqasha kini sudah lama tidak munculkan diri di kaca televisyen.

Pada 2022, pelakon dan penyanyi Aqasha menjawab persoalan tersebut dengan mengaku bahawa dirinya kini lebih memilih skrip sebelum terlibat dalam mana-mana projek.

Memetik Astro Gempak, Aqasha tidak mahu melihat dirinya membawa watak yang sama berulang-ulang kali.

Jelasnya, beliau akan melihat kepada skrip dan jenis watak yang ditawarkan selain mahu memastikan hasil lakonan yang berkualiti.

“Dalam perjalanan hidup saya sebagai anak seni apa yang pernah saya buat atau dah jadi sekali itu, takkan jadi untuk kedua kali.

“Benar sekarang saya lebih selektif memilih naskhah kerana perkara nombor satu akan dilihat sekarang adalah skrip dan watak yang ditawarkan kepada saya.

“Untuk saya teruskan tahap yang mana saya ada sekarang ini sudah pun buat saya selesa.

“Saya buat kerja sudah pasti saya mahu yang terbaik, saya sentiasa mahu membawa watak yang meninggalkan kesan kepada penonton. Saya tak mahu watak lagha yang sekali lalu, no point!” ujarnya kepada Gempak.

BACA: Ramai Tak Tahu, Doktor Dedah Ini Sebab Sebenarnya Kenapa Suami Suka Bau Ketiak Isteri

Sumber: @radiotelevisyenmalaysia via TikTok, Astro Gempak

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma