Siakap Keli
cara nasi masak
Kredit: BERNAMA

Guna Cara Ini, Tak Sampai 10 Minit Nasi Dah Masak

Guna Cara Ini, Tak Sampai 10 Minit Nasi Dah Masak

Apabila menyediakan hidangan buat keluarga pastinya kita sudah mengaturkan sajian mana yang akan dimasak terlebih dahulu.

Sesetengah daripada kita ada yang memilih untuk memasak nasi terlebih dahulu, namun ada yang melakukan sebaliknya.

Pun begitu, tiada ukuran yang tepat dalam masakan kerana ia bergantung kepada pilihan masing-masing, yang pasti hidangan tersebut memikat selera.

Ketika sedang leka memasak, kemungkinan kita akan terlupa untuk melakukan sesuatu perkara, iaitu memasak nasi.

Hidangan yang diingini sudah terhidang namun nasi masih lagi belum dimasak susulan terlupa untuk membasuh beras. Perkara tersebut juga boleh menyumbang kepada ketidakseimbangan emosi.

Tapi jangan risau, sebenarnya ada tips yang berguna sekiranya anda terlupa untuk memasak nasi ketika sajian telah siap.

Biasanya nasi akan masak sekitar 20 minit ke atas kan? Namun dengan hanya gunakan satu tip ini, dalam masa lima minit sahaja dah siap.

Menerusi perkongsian Najib di kumpulan Facebook Masak Apa Hari Ini (MAHI), dia mengatakan taktik yang digunakan itu sangat menjimatkan masa.

Tip masak nasi, lima minit dah siap!

Kredit: Najib via MAHi/Facebook

Hanya mengubah satu perkara ketika memasak nasi itu, ia mampu menjadikan nasi itu cepat dimasak sekali gus emosi juga tidak terganggu.

Tip tersebut ialah menggunakan air panas ketika mengisi air di dalam periuk nasi.

Perkara pertama ialah tukarkan air basuhan yang biasa digunakan kepada air panas, sama ada air panas jenama daripada mesin penapis air atau yang dijerang.

Kemudian, sukat air tersebut macam biasa. Tutup periuk dan tekan mula.

“Jika biasa nasi 10 minit baru masak, guna taktik ini boleh jadi lima minit.

“Caranya guna air panas. Mudah je kan, sekarang air panas sudah tersedia.

“Ambil sahaja air (mesin penapis air), tuang dan sukat dalam periuk nasi macam biasa.

“Tutup periuk dan tekan start,” ujarnya.

Selepas ini, tiada masalah sekiranya anda terlupa nak masak nasi atau memerlukan nasi dengan kadar segera.

Dengan menggunakan tip ini, anda tidak perlu menangguh waktu makan.

Selamat mencuba.

Sumber: Najib via Masak Apa Hari Ini (MAHI)/Facebook

BACA: Hairan, Kenapa Banyak Penutup Lubang Bentuk Bulat? Ini Alasan Tak Disangka-sangka

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana