Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pemimpin BJP Maut Ditembak Di Uttar Pradesh India

Syed Faisal Sayed Muhammad
Pemimpin BJP maut ditembak
Kredit India Today

Pemimpin BJP Maut Ditembak Di Uttar Pradesh India

NEW DELHI, 11 Ogos (Bernama-Xinhua) — Seorang pemimpin dari Parti Bharatiya Janata (BJP) maut ditembak di negeri Uttar Pradesh, India, lapor Xinhua memetik polis pada Jumaat.

Dalam kejadian pada Khamis petang itu, Anuj Chaudhary, 34, ditembak oleh tiga lelaki ketika sedang berjalan di luar kediamannya di daerah Moradabad, kira-kira 355 kilometer barat laut Lucknow, ibu negeri Uttar Pradesh.

Chaudhary dikejarkan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia, menurut polis.

Baca: “Ada Masa Tapau Lagi Jimat,” Lelaki Kongsi Bajet Bulanan Keluarga, Siap Boleh Makan ‘Western’ Hujung Bulan

Polis telah membuka kertas siasatan berhubung kes itu dan sedang berusaha memburu suspek,

“Lima pasukan telah dibentuk untuk menangkap suspek. Tindakan undang-undang yang tegas akan diambil …,” menurut kenyataan yang dikeluarkan pihak polis.

Laporan mengatakan Chaudhary tewas dalam pilihan raya tempatan di kawasannya dan merupakan ahli BJP yang sangat aktif.

Mayat Chaudhary telah dihantar untuk bedah siasat.

Sumber: BERNAMA-XINHUA