Siakap Keli
terengganu abdul hadi
Kredit: Sinar Harian

Terengganu Tiada Pembangkang, Abdul Hadi Jelas Rakyat Boleh Kritik Kerajaan

Terengganu Tiada Pembangkang, Abdul Hadi Jelas Rakyat Boleh Kritik Kerajaan

Presiden Parti Islam Se-Malaysia (Pas) Tan Sri Abdul Hadi Awang menggalakkan budaya nasihat-menasihati diamalkan di Terengganu termasuk rakyat boleh mengkritik kerajaan menggunakan saluran rasmi, lapor Sinar Harian.

Difahamkan, ulasan itu diberikan olehnya berhubung isu Terengganu tidak mempunyai pembangkang dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) pada penggal ini.

Abdul Hadi berkata semua 32 Ahli Undangan Negeri (ADUN) memainkan peranan untuk memberikan pandangan dan menasihati kerajaan negeri.

“Ahli-ahli DUN boleh nasihati kerajaan. Kita akan galakkan budaya menasihati termasuk rakyat mengkritik kerajaan.

“Semua orang boleh kritik kerajaan termasuk orang dalam kerajaan sendiri. Rakyat juga boleh sampaikan apa-apa pandangan mereka menerusi saluran yang rasmi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pengumuman Keputusan pilihan raya negeri (PRN) oleh Pas Terengganu di Dewan Tok Guru, Masjid Rusila pada malam Sabtu.

Tambah Abdul Hadi, walaupun Terengganu tidak mempunyai pembangkang dalam DUN namun perkara itu masih boleh dilaksanakan.

“Kita orang Islam percaya kerajaan sempurna daripada ALLAH. Kerajaan ditadbir manusia ini ada kekurangan.

“Kekurangan ditampung oleh pimpinan secara kolektif bukan Menteri Besar sahaja malah melibatkan Exco dan wakil rakyat.

“Keduanya melalui sikap terbuka kerajaan terhadap kritikan-kritikan daripada semua pihak,” ujar beliau.

BACA: PRN: PAS Pertahan Terengganu Dengan Majoriti Dua Pertiga – SPR

PN bentuk kerajaan negeri di Kelantan, Terengganu dan Kedah

Semalam, Terengganu, Kedah dan Kelantan berjaya mengekalkan PN yang terdiri daripada Pas, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) sebagai kerajaan negeri.

Pun begitu, pada Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRN15) kali ini, PN di Terengganu buat pertama kalinya memenangi kesemua 32 kerusi bertanding menggunakan logo Pas.

Perkara itu sekali gus menyaksikan negeri tersebut tidak mempunyai pembangkang.

Dalam pada itu, PN juga memperoleh jumlah majoriti yang besar di Kelantan di mana parti itu berjaya memenangi 43 daripada 45 kerusi yang ditandingi.

Kedah juga dilaporkan menang mudah dengan memenangi 33 daripada 36 kerusi.

Sumber: Sinar Harian

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.