Siakap Keli
NASA julai 2023 paling panas rekod
Gambar: NASA

NASA Sahkah Julai 2023 Bulan Paling Panas Dalam Rekod Sejak 1880

NASA Sahkah Julai 2023 Bulan Paling Panas Dalam Rekod Sejak 1880

Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mengesahkan Julai 2023 merupakan bulan paling panas dalam rekod sejak 1880.

Secara keseluruhan,  Julai 2023 mencatatkan peningkatan suhu sebanyak 0.24 darjah Celsius lebih panas berbanding bulan-bulan Julai lain dalam rekod NASA.

Malah, suhu tersebut merupakan 1.18 darjah Celcius lebih panas berbanding suhu purata Julai antara 1951 hingga 1980.

”Julai ini bukan sekadar lebih panas berbanding Julai pada tahun-tahun sebelumnya, sebaliknya ia juga adalah bulan paling panas.

https://siakapkeli.my/2023/08/15/nasa-sahkah-julai-2023-sebagai-bulan-paling-panas-dalam-rekod-sejak-1880/

”Sains sangat jelas tentang perkara ini, ia tidak normal. Pemanasan global yang merisaukan salah satunya dipacu oleh pelepasan gas rumah hijau akibat aktiviti manusia.

”Manakala peningkatan sedikit suhu menyebabkan situasi haba panas ekstrem dirasai oleh manusia di seluruh pelusuk dunia,” kata Gavin Schmidt, Pengarah GISS NASA.

GISS merujuk kepada Institut Kajian Angkasa Lepas Goddard.

Julai 2023 bulan paling panas dalam rekod NASA sejak 1880

NASA menjelaskan suhu permukaan lautan yang tinggi juga menyumbang kepada rekod panas yang dicatatkan pada Julai.

Menurut analisisnya, suhu panas permukaan lautan di Pasifik tropika timur turut menjadi bukti bahawa pembentukan fenomena El Nino bermula sejak Mei 2023 lagi.

Fenomena El Nino dan La Nina, yang menyebabkan panas dan sejuk di Lautan Pasifik boleh menyumbang sebahagian kecil kepada kepelbagaian rekod suhu tahun ke tahun.

NASA menjangkakan impak terbesar El Nino akan dapat dirasai pada Februari, Mac dan April 2024.

nasa julai 2023 bulan paling panas rekod
Kredit: NASA
Fokus utama analisis GISS ialah melihat perubahan suhu dalam jangka panjang selama beberapa dekad dan abad.

“Data NASA telah mengesahkan apa yang dirasai berbilion-bilion penduduk di dunia iaitu, suhu pada Julai 2023 yang menjadikan bulan terpanas dalam sejarah,

“Di setiap penjuru dunia dan penduduk Amerika kini sedang merasai kesan krisis iklim sendiri.

“Sains merupakan satu perkara yang jelas. Kita mesti bertindak sekarang untuk melindungi komuniti dan planet kita; satu-satunya yang kita ada,” kata Pentadbir NASA, Bill Nelson.

BACA: Guna Cawan Plastik, Cara Susun Langsir Eyelet Bagi Nampak ‘Berombak’ Elok

Sumber: NASA

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma