Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Harga Petrol, Diesel Tidak Berubah Hingga 23 Ogos

Nur Syahirah Zainoor Hisham
Harga Petrol, Diesel Tidak Berubah Hingga 23 Ogos
Kredit: Bernama

Harga Petrol, Diesel Tidak Berubah Hingga 23 Ogos

KUALA LUMPUR, 16 Ogos (Bernama) — Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON 95 serta diesel kekal bagi tempoh 17 hingga 23 Ogos ini.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM), RON97 akan kekal RM3.37 seliter, RON95 RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter.

“Bagi melindungi pengguna daripada kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 dan diesel RM2.15, meskipun harga pasaran kedua-dua produk itu meningkat melebihi harga siling ditetapkan,” menurut kenyataan itu.

Menurut MOF kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah sewajarnya untuk memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat terpelihara.

BACA: Tak Perlu Rendam & Sental, Cara Mudah Basuh Kain Lap, Kotoran Semua Hilang & Wangi Kembali

Sumber: Bernama