Siakap Keli
Berapa Pantas Tindak Balas Kucing
Gambar: AFP

Kenapa Kucing Boleh Bertindak Balas Dengan Pantas? Ini Jawapannya

Kenapa Kucing Boleh Bertindak Balas Dengan Pantas? Ini Jawapannya

Sebut sahaja kucing, sudah tentu ramai yang menyukai haiwan berbulu gebu ini lebih-lebih lagi ia mempunyai pelbagai ragam yang mencuit hati.

Haiwan yang lebih dikenali dengan panggilan “Si Bulus” ini sentiasa menambat hati sesiapa sahaja khususnya bagi penggemar kucing.

Bukan sahaja kelakar dan comel, kucing juga mempunyai tindak balas (respon) yang sangat pantas. Mungkin ramai yang sudah mengetahuinya dengan melihat kepada telatahnya.

Tapi seberapa pantas haiwan ini memberikan respon terhadap sesuatu benda? Kadangkala, kita sendiri dapat melihat kucing memberi respon dengan sangat pantas seperti ‘terkejut’ jika diusik tanpa sebab.

Untuk menjawab persoalan itu, jom baca perkongsian di bawah.

Berapa Pantas Tindak Balas Kucing?

Gambar: AFP

Seperti yang diketahui, kucing terkenal dengan refleks mereka yang pantas. Tahukah anda, sebenarnya kucing mampu memproses maklumat lebih cepat daripada otak manusia?

Kajian mendedahkan bahawa kucing dapat memberikan tindak balas enam kali lebih cepat berbanding manusia. Haiwan ini boleh bertindak balas terhadap rangsangan seawal 1/20 sesaat.

Jadi, tidak hairan mengapa haiwan ini mempunyai tindak balas yang cepat.

Kucing juga dapat mengikuti sesuatu objek yang bergerak dan bertindak dengan pantas. Sebagai contoh, lampu yang disuluh oleh kita. Meskipun mereka tampak gembira bermain tetapi sebenarnya ia juga termasuk dalam refleks mereka.

Faktor Refleks Sepantas Kilat

Disebalik tindak balas haiwan ini yang pantas, ada anggota badannya yang menyokong untuk melakukan pergerakan.

Kucing sebenarnya dikurniakan tulang belakang dan pinggul yang sangat fleksibel. Faktor ini yang membolehkan mereka berpusing dengan pantas. Bukan sahaja itu, mereka juga mempunyai otot kaki yang kuat.

Perkara ini yang menjadikan kucing haiwan yang cekap dalam memburu mangsa.

BACA JUGA: Sah Ke Solat Jika Dipanjat Dan Dijilat Kucing? Ini Jawapan Dr.Zulkifli

Kita sendiri boleh melihat di dalam rumah, ketika dalam posisi mengintai mangsa misalnya burung, tikus atau cicak, ia dapat menerkam dengan pantas dan tepat.

Kucing juga dapat menangkap semula serangga meskipun ia beberapa kali cuba melarikan diri.

Kebaikan Mempunyai Refleks Pantas

Berapa Pantas Tindak Balas Kucing
Gambar: AFP

Sudah tentu, kelebihan ini dapat memberikan kebaikan kepada kucing untuk beradaptasi dengan persekitaran sekeliling. Perkara ini membolehkan kucing untuk mengesan bahaya dan memburu mangsanya dengan mudah lebih-lebih lagi dengan tubuh badannya yang fleksibel.

Saintis percaya bahawa tindak balas kucing juga disebabkan penglihatan pergerakan perlahan atau slow motion vision.

Secara dasarnya, otak haiwan ini memproses maklumat penglihatan (visual) lebih perlahan daripada biasa. Perkara ini membolehkan si bulus mempunyai masa untuk bertindak enam kali lebih pantas daripada manusia.

Lazimnya, kucing yang lebih kecil mempunyai refleks yang lebih pantas daripada baka yang lebih besar. Ia dapat dilihat dengan jelas ketika mereka terkejut.

Perbandingan Tindak Balas Ular Dan Kucing

Dari segi kepantasan, difahamkan ular lebih pantas berbanding kucing kerana ia mampu menggerakkan seluruh badan secara serentak. Sementara itu, si bulus ini perlu menggunakan kaki dan ekornya untuk bergerak.

Pun begitu, kucing termasuk haiwan yang sangat tangkas. Berbekalkan kuku dan gigi yang tajam, ia berfungsi untuk mempertahankan diri dan menyerang jika perlu.

Dalam satu kajian baru-baru ini, purata masa kucing untuk memberi respon adalah sekitar 20 milisaat. Ia jauh meninggalkan manusia yang secara purata mengambil masa lebih kurang 200 milisaat untuk bertindak.

Secara alami, kucing diciptakan sebagai pemangsa dan mangsa. Oleh itu, tindak balas mereka juga diciptakan jauh lebih cepat demi meneruskan kelangsungan hidup dan mengelak daripada menjadi makanan haiwan lain.

Sumber: Poultry Care Sunday

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?