Siakap Keli
kalbar hembus nafas terakhir
Kredit: @at_bie/TikTok

“Rehatlah Anakku sayang,” Kalbar Si Tikus Belanda Viral Hembus Nafas Terakhir Dalam Pelukan Tuan

“Rehatlah Anakku sayang,” Kalbar Si Tikus Belanda Viral Hembus Nafas Terakhir Dalam Pelukan Tuan

Sebagai pencinta haiwan, hati pasti akan dirobek sekiranya haiwan peliharaan yang dibela mati, meninggalkan dunia akibat sakit atau sebagainya.

Bagaimanapun, perkara itu telah menimpa Fatin Farhana Ismail, di mana haiwan kesayangannya mati gara-gara sakit.

Kalbar yang merupakan tikus Belanda serta seiras dengan tuannya dilaporkan telah mati selepas menunjukkan simptom sakit pada malam Selasa.

Berita pilu itu dimaklumkan oleh Fatin Farhana atau lebih mesra disapa Bie di Tiktok miliknya pada Rabu.

Kredit: @at_bie/TikTok

“Rehatlah di sana anakku sayang, terima kasih teman mak selama hampir dua tahun. Mak sayang Kalbar dunia dan akhirat.

“Jumpa mak di sana anak kesayangan mak Kalbar,” tulisnya.

BACA: Tak Dapat Tahan Sebak, Pelajar Nangis Selepas Guru Tunjuk Cara Ibu Bapa Mereka Bekerja

Detik Kalbar hembus nafas terakhir sempat dirakam

Selepas berita pemergiannya dimaklumkan, Bie turut memuat naik satu rakaman yang memaparkan detik-detik Kalbar menghembuskan nafas terakhirnya.

Dalam satu perkongsian, Bie yang berusia 30 tahun itu sedang menceritakan keadaan kesihatan Kalbar semasa kejadian.

“Saya minta maaf saya tak boleh dah nak selamatkan Kalbar. Saya dah cuba pelbagai jenis, saya dah pergi vet merata-rata.

“Saya dah pergi vet malam ini (semalam) disebabkan saya tengok dia rasa macam tak sedap hati.

“Selepas itu, saya tengok dia tidak boleh berdiri…” katanya.

Belum sempat dia menghabiskan ayatnya, Bie perasan Kalbar tidak menunjukkan sebarang pergerakan.

Kredit:

Secara tidak langsung, Bie menyedari bahawa Kalbar telah pergi meninggalkannya buat selama-lamanya.

“Kalbar…” ujarnya sedih.

Bie menangis tanpa mengeluarkan suara sambil memegang Kalbar di bahunya namun esakannya menjadi semakin kuat selepas menyedari bahawa perkara yang tidak dinantikan telah tiba.

“Kalbar dah tiada,” esaknya.

@at_bie

Mak bersyukur sayang , dari kalbar datang dekat mak sampai kalbar pergi , mak ada disisi kalbar. Kalbar dah ramai buat orang happy lagi lagi mak sayang. Simpan sini untuk mak dan lain untuk tidak lupakan kalbar sampai bila bila sayang. Kalbar tetap dalam hati mak sampai hembusan nafas mak , jumpa disana kalbar 🐹❤️ #fyp #biekalbar #guineapig

♬ original sound – Bie – Bie

Situasi menyayat hati itu sempat dirakam dan disaksikan oleh penonton yang berada dalam siaran langsung (live) pada Rabu pagi.

Rata-rata warga maya yang menyaksikan video tersebut turut merasai kehilangan Kalbar susulan sering menonton gelagat tikus tersebut di TikTok Bie.

Mereka juga tidak mempercayai bahawa Kalbar telah tiada kerana berita mengenai pemergiaannya amat mengejutkan.

“Hanya pencinta haiwan je yang betul-betul faham betapa sakitnya bila ini berlaku,” kata warga maya.

“Masuk live tadi memang waktu Kalbar dah tiada, Allah sedihnya,” ujar netizen.

“Weh aku menangis. Dia penghibur aku, hilang stress aku setiap hari tengok dia,” kata warga maya lagi.

Walau bagaimanapun, sehingga kini Bie masih tidak menyatakan penyebab yang membuatkan Kalbar mati.

@at_bie

Rehat la disana anakku sayang , terima kasih teman mak selama hampir dua tahun , mak sayang kalbar dunia dan akhirat , jumpa mak disana anak kesayangan mak KALBAR 🐹❤️ Rest in peace #fyp #biekalbar

♬ original sound – Bie – Bie

Sumber: @at_bie/TikTok

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana