Siakap Keli
exco kerajaan pahang pesawat elmina
Kredit: Bernama

Exco Kerajaan Pahang Antara Mangsa Terkorban Pesawat Terhempas Di Elmina

Exco Kerajaan Pahang Antara Mangsa Terkorban Pesawat Terhempas Di Elmina

Seorang Exco Kerajaan Pahang merupakan salah seorang mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam hari ini.

Perkara berkenaan dimaklumkan menerusi satu hantaran di laman facebook Kerajaan Pahang sebentar tadi.

Terdahulu, CAAM dalam satu kenyataan media berkata, pesawat yang terhempas itu merupakan pesawat jenis Beechcraft Premier 1 dengan nombor pendaftaran N287V.

Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi pada pukul 2.08 petang dan sepatutnya mendarat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz.

Menurut CAAM lagi, kontak pertama antara pesawat dengan Menara Kawalan Udara Subang berlaku pada 2.47 petang dan pesawat itu mendapat kebenaran untuk mendarat pada 2.48 petang.

”Pada 2.51 petang, Menara Kawalan Udara Subang mengesan kehadiran asap dari lokasi kejadian namun tiada panggilan kecemasan dibuat oleh pesawat itu.

Berita lanjut bakal menyusul

BACA: Jangan Buat Main, Ini Yang Terjadi Jika Anda Tak Pernah Tukar Minyak Enjin Kereta

Sumber: Kerajaan Negeri Pahang via Facebook

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.