Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

CALIFORNIA -- Seramai lapan orang dilapor terkorban selepas sebuah pesawat pengebom B-52 Stratofortress milik Tentera Udara Amerika Syarikat (AS) terhempas sejurus selepas berlepas dari Pangkalan Tentera Udara Edwards di selatan California, menurut pegawai pangkalan.
Memetik laporan BBC, insiden itu berlaku pada jam 11:20 waktu tempatan pada hari Isnin ketika pesawat berkenaan sedang dalam misi ujian rutin.
Nahas tersebut menyebabkan kepulan besar asap hitam menjulang ke udara yang dapat dilihat dari jarak berbatu-batu.
"Hari ini, Pangkalan Tentera Udara Edwards mengalami tragedi yang amat ngeri, dan kita telah kehilangan lapan warga Amerika yang hebat," kata Kol James Hayes.
Dedah James kepada pemberita, kesemua mangsa terdiri daripada anggota tentera, kakitangan awam kerajaan dan kontraktor kerajaan.
Ketika kejadian, pesawat B-52 itu sedang menyokong program pemodenan radar pangkalan berkenaan, katanya, dan ia terhempas sejurus selepas berlepas lalu meletup dan terbakar
Pangkalan itu sebelum ini menyatakan bahawa selepas meneliti rakaman awal mendapati nahas tersebut "tidak dapat diselamatkan".
Sementara itu, pangkalan tersebut telah menggantung operasi penerbangan buat sementara waktu.
Walau bagaimanapun, kejadian masih belum dapat ditentukan dan tidak akan diketahui sehingga selesai siri siasatan, yang boleh mengambil masa sehingga 30 hari.
Siasatan dan analisis punca yang lebih mendalam boleh mengambil masa lebih daripada enam bulan, kata Hayes.
Untuk makluman, Pesawat Boeing B-52 Stratofortress telah digunakan oleh tentera AS sejak tahun 1950-an. Ia diberi gelaran "the Buff", yang sebahagiannya merupakan singkatan kepada "Big Ugly Fat" (Besar Buruk Gemuk).
Pesawat pengebom strategik jarak jauh ini juga telah terlibat dalam serbuan bom ke atas Iran semasa perang AS-Israel terbaru terhadap negara berkenaan.
Ia mampu terbang sehingga ketinggian 50,000 kaki (pesawat komersial terbang sekitar 35,000 kaki), muatan seberat 70,000 paun milik pengebom gergasi ini boleh merangkumi ratusan bom konvensional dan 32 peluru berpandu jelajah nuklear.
B-52 boleh melakukan pengisian minyak di udara sekali gus memberikan potensi jarak serangan tanpa had.