Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Penyanyi Terkenal AS, Oliver Tree Maut Dalam Nahas Helikopter

Oliver Tree Maut
Kredit The Hollywood

Penyanyi Terkenal AS, Oliver Tree Maut Dalam Nahas Helikopter

Penyanyi Pop terkenal Amerika Syarikat (AS), Oliver Tree,32, antara salah satu mangsa yang maut dalam nahas dua helikopter yang bertembung di udara di Brazil, lapor AFP.

Menurut polis, nahas berkenaan mengakibatkan enam orang dilaporkan maut.

Bagaimanapun, sumber turut menyatakan bahawa mangsa termasuk Oliver Tree masih belum dapat dikenal pasti secara rasmi kerana rentung teruk dalam nahas itu.

Helikopter berkenaan bertembung di udara pada pagi Ahad di pinggir bandar barat Rio de Janeiro yang dikenali sebagai Recreio dos Bandeirantes sebelum terhempas ke kawasan tempat letak kereta sebuah pengedar kereta elektrik, menyebabkan sekitar 20 buah kereta terbakar, kata anggota bomba.

Salah sebuah helikopter membawa lima orang, manakala sebuah lagi hanya membawa juruterbang. Tiada mangsa yang terselamat,

Penumpang yang berada di dalam helikopter yang sama dengan Tree termasuklah seorang pengbit muzik Brazil, pengarah video Argentina, dan YouTuber Argentina Gaspar Prim, yang dikenali dalam talian sebagai "Gaspi."

Beliau terkenal dengan gaya rambut mangkuk unik serta menjadi perhatian di internet kerana gaya unik berkenaan.

Antara lagu popular mendiang termasuk "Life Goes On," "Miss You," dan "Alien Boy.".