Siakap Keli
Haruki Noguchi meninggal dunia
Kredit MCNews

Haruki Noguchi Disahkan Meninggal Dunia Selepas Terlibat Kemalangan Maut Di Mandalika

Haruki Noguchi Disahkan Meninggal Dunia Selepas Terlibat Kemalangan Maut Di Mandalika

Pelumba muda Jepun, Haruki Noguchi dilaporkan meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan di Litar Antarabangsa Pertamina Mandalika, Indonesia.

Pelumba berusia 22 tahun itu terlibat dalam kemalangan ketika pusingan keempat dalam Asia Road Championship FIM berlangsung pada hujung minggu lalu.

Haruki dilaporkan mengalami cedera parah berikutan insiden di selekoh 10, pada pusingan keempat perlumbaan 1000cc Asia Superbike kedua.

Beliau segera dibawa ke Pusat Perubatan litar sebelum dipindahkan ke hospital tempatan bagi menjalani rawatan lanjut.

Walau bagaimanapun, selepas tiga hari menjalani rawatan intensif di Hospital Awam Nusa Tenggara Barat, Haruki disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah.

Beliau disahkan meninggal dunia oleh pakar perubatan pada petang semalam bersamaan dengan 16 Ogos.

Haruki merupakan salah seorang bakat muda sukan perlumbaan Jepun yang paling cemerlang.

Pada 2021, beliau telah memenangi kategori Superstock 600 dalam All Japan Road Racing Championships.

Selain itu, beliau juga berjaya menduduki tempat kedua keseluruhan dalam kategori Superbike 1000cc ARRC pada tahun lalu selepas memenangi carding race.

BACA: Ramai Lega, Masalah Lif PPR Selesai Selepas Tindakan Ini, Siap Nak Bagi Internet Percuma

Pada tahun ini, beliau berada di kedudukan podium di Suzuka 8 Hour bersama SDG Racing.

Pemergian Haruki telah memberi tamparan yang hebat kepada ibu bapanya yang masih lagi bersedih.

“Haruki mula menunggang motosikal pada usia lima tahun dan telah memberikan kami keterujaan dan kegembiraan. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan, pasukan dan semua penyokong Haruki,” kata ibu bapa Haruki.

Sumber: MCNews

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka