Siakap Keli
mydin ulang tahun 66

Mydin Tawar Penjimatan Dan Ganjaran Sehingga RM6.6 Juta Sempena Ulang Tahun Yang Ke 66

SEREMBAN, 17 OGOS 2023: Rangkaian pemborong dan peruncit halal terbesar  tempatan,MYDIN, menganjurkan “Program Semarak Gemilang Malaysia  MADANI dan Kempen OHMYDIN! Meriah Bersama” sempena ulang Tahun  MYDIN ke 66. Kempen ini dilancarkan oleh Menteri Komunikasi dan Digital, YB  Fahmi Fadzil di MYDIN Seremban 2, Negeri Sembilan.  

Sepanjang kempen berlangsung sehingga 31 Oktober ini, MYDIN menawarkan  penjimatan, hadiah peraduan dan ganjaran pulangan tunai sehingga RM6.6 juta  kepada masyarakat khususnya pelanggan setia MYDIN. Kempen ini melibatkan  rangkaian MYDIN di seluruh negara.  

mydin ulang tahun 66

Kempen yang turut mendapat kerjasama lebih 50 rakan strategik dan pembekal  terlibat antaranya MBSB Bank, Setel, MyDebit, Boost, OPPO, P&G, Unilever,  Wipro dan banyak lagi. 

  1. Karnival Jualan “Kita MADANI” menjanjikan penjimatan sehingga 60  peratus bagi barangan keperluan serta barangan keperluan harian antaranya  pakaian dan alat tulis.  
  2. Melalui program kesetiaan Meriah, MYDIN menawarkan sebanyak 660  mata ganjaran Meriah bagi pelanggan yang mendaftar kad Meriah di samping  turut mendapat hadiah istimewa.  
  3. Pelanggan MYDIN Online juga turut akan menerima e-baucar bernilai  RM6 dengan menggunakan kod MYDINRM6
  4. Memberi kemudahan kepada pelanggan, MYDIN turut memperkenalkan  “TikTok Shop” di aplikasi rasmi TikTok MYDIN Malaysia dengan menawarkan  pelanggan kali pertama layak menerima baucar RM15 serta kod baucar  istimewa. Di samping itu, pelanggan juga bakal mendapat subsidi penghantaran  bernilai RM6 ke seluruh negara.
  5. Melalui kempen “Belanja & Fuel Good” dengan kerjasama Setel,  pelanggan yang berbelanja minimum RM120 menggunakan aplikasi tersebut  akan menerima baucar Setel bernilai RM6.60. 
  6. Bagi menggalakkan penggunaan aplikasi pembayaran secara digital,  pelanggan yang menggunakan MyDebit berpeluang memenangi baucar MYDIN  bernilai sehingga RM280,000 bagi setiap pembelian RM66 dan ke atas dalam  satu resit.  
  7. Di samping itu, pelanggan bertuah yang berbelanja terbanyak  menggunakan mod pembayaran e-dompet melalui aplikasi Boost, MBSB Bank  E-wallet, Mcash, Wavpay dan Zapp boleh merebut pulangan tunai dan hadiah  dengan jumlah keseluruhan RM366,000. 

mydin ulang tahun 66

Menurut Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN),  Datuk Wira (Dr) Haji Ameer Ali Mydin, Program Semarak Gemilang  Malaysia MADANI dan Kempen OHMYDIN! Meriah Bersama” pengguna  dijangka dapat berbelanja keperluan harian dengan harga yang berpatutan,  disamping berpeluang untuk mendapat ganjaran istimewa yang ditawarkan  

sepanjang kempen berlangsung. Ini merupakan manifestasi penghargaan kami  kepada masyarakat yang telah menyokong kami sepanjang 66 tahun ini dan  kami berharap orang ramai mengambil peluang menikmati tawaran istimewa ini”. 

Sebarang maklumat lanjut mengenai kempen ini, orang ramai boleh  mengunjungi laman media sosial atau laman sesawang rasmi MYDIN  Malaysia di www.mydin.my 

mydin ulang tahun 66

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa