Siakap Keli
oyen nahas pesawat elmina
Gambar: Instagram Zul Erwan

Oyen Juga Cedera Dalam Nahas Pesawat Di Elmina, Diselamatkan Pasukan Ambulans KKM

Oyen Juga Cedera Dalam Nahas Pesawat Di Elmina, Diselamatkan Pasukan Ambulans KKM

SHAH ALAM — Selain 10 mangsa yang  dilaporkan terkorban dalam nahas pesawat di Elmina, Seksyen U16, Shah Alam Khamis lalu, seekor kucing berwarna oren turut dilaporkan terlibat dalam kejadian itu.

Menerusi satu perkongsian video dan gambar yang dimuat naik oleh doktor veterinar, @Zul Erwan di akaun Instagram memaparkan keadaan haiwan berkenaan.

“Oyen yang berada di kawasan tragedi kapal Elmina turut tercedera.

“Terima kasih pasukan ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana turut menyelamatkan Oyen. Gambar nombor 2 Oyen dalam ambulans,” tulisnya di media sosial itu semalam.

Dalam video tersebut menunjukkan kucing itu tenang ketika diuruskan oleh doktor itu dan diletakkan di dalam sangkar.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menzahirkan ucapan terima kasih terhadap kakitangan yang merawat haiwan tersebut.

Tambahan lagi, netizen turut mendoakan agar keadaan si bulus itu kembali sihat seperti sediakala.

Antara komen yang diterima termasuklah;

“Oyen luka ye? Mesti oyen trauma. Terima kasih ambulans KKM dan Dr Zul,” kata salah seorang warganet.

“Terima Kasih Dr and KKM. Turut beri perhatian pada Oyen juga. Cepat sembuh ya Oyen,” tulis seorang lagi netizen.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by zulerwan (@zulerwan)

Nahas Pesawat Di Elmina

Pada 17 Ogos lalu (Khamis) sebuah pesawat persendirian jenis Beechcraft 390 (Premier 1) dilaporkan terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina di Shah Alam.

Memetik laporan Bernama, seramai 10 mangsa yang terkorban dalam kejadian itu.

Menurut Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan, mayat kesemua mangsa dan lima bungkusan serpihan badan telah ditemukan setakat 10.30 malam kejadian.

BACA JUGA: Dugaan 54 Hari Berpantang Buat Isteri, Salah Seorang Mangsa Nahas Elmina Baru Timang Cahaya Mata

Antara penumpang pesawat yang terhempas pada 2.40 petang itu termasuklah Ahli Dewan Undangan Negeri Pelangai Datuk Seri Johari Harun.

Turut terlibat adalah dua juruterbang iaitu Shahrul Kamal Roslan dan Heikal Aras Abdul Azim serta lima penumpang lain Kharil Azwan Jamaludin, Shaharul Amir Omar, Mohd Naim Fawwaz Mohamed Muaidi, Muhammad Taufiq Mohd Zaki dan Idris Abdol Talib.

Manakala dua lagi orang awam yang terlibat iaitu penunggang motosikal dan pemandu kereta.

Sumber: Instagram Zul Erwan

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?