Siakap Keli
Abang-abang tesla popular
Kredit: AFP

Kenapa Tesla Lebih Popular Berbanding EV Jenama Lain? Ini Jawapan ‘Abang Kakak’ Kena Tahu

Kenapa Tesla Lebih Popular Berbanding EV Jenama Lain? Ini Jawapan ‘Abang Kakak’ Kena Tahu

Deman kereta elektrik atau EV bukanlah sedang melanda banyak negara, termasuklah di Malaysia. Bagi mereka yang berkemampuan dan berhajat membeli kereta baharu, EV sudah tentu berada dalam senarai untuk dipertimbangkan.

Walau bagaimanapun, tidak dapat dinafikan sesetengah jenama EV lebih popular dan menyerlah berbanding model-model daripada jenama lain.

Setakat ini, jenama EV paling terkenal di seluruh dunia adalah jenama Tesla. Malah, di Malaysia juga jenama ini begitu dekat di hati masyarakat dan sentiasa menjadi buah mulut orang ramai, hinggalah ke hari ini.

Lalu timbul persoalan, kenapa Tesla begitu popular dan diminati oleh kaki kereta berbanding jenama-jenama lain? Jom kita kupas sama-sama.

Tesla adalah syarikat pertama yang menjadikan EV sebagai model standard

Tesla bukanlah satu-satunya syarikat yang mengeluarkan EV, namun Tesla dianggap sebagai syarikat pertama yang memasarkan EV sebagai produk standard dan utama mereka di seluruh dunia.

Bagi jenama-jenama lain, EV merupakan salah satu produk yang ditawarkan dan bukanlah produk utama syarikat masing-masing. Malah, produk-produk EV jenama lain juga sukar dikategorikan sama ada dalam segmen standard atau segmen mewah.

Berbeza dengan Tesla, EV yang dikeluarkan mereka adalah produk standard yang dilengkapi dengan pelbagai teknologi terkini hingga kelihatan sebagai sebuah kereta mewah.

Selain itu, Tesla juga mengeluarkan EV dalam pelbagai varian. Misalnya, untuk pemulaan, pengguna boleh mendapatkan Model 3.

Model 3 menjadi model paling murah dan paling laris Tesla sejak diperkenalkan pada 2017.

Jika mahukan model EV yang lebih besar, Tesla memiliki model SUV bajet, Model Y untuk ditawarkan kepada pengguna. Harganya lebih mahal jika dibandingkan dengan Model 3, tetapi masih rendah berbanding Model S dan Model X.

Bagi mereka yang ingin memiliki EV namun pada masa yang sama mementingkan simbol, Model S adalah jawapannya. Menjadi model pertama diperkenalkan oleh Tesla kepada pengguna, Model S mempunyai tempatnya tersendiri dalam hati peminat jenama tersebut. Lebih daripada itu, harga Model S juga menyamai harga sebuah kereta mewah.

Manakala Model X pula adalah model tertinggi Tesla, khas untuk mereka yang memiliki status tersendiri dalam masyarakat. Model S juga adalah model paling tinggi yang ditawarkan Tesla dalam pasaran.

Jawapan ‘abang kakak’ kena tahu kenapa Tesla lagi popular daripada EV jenama lain

Secara umumya, selain menawarkan model EV terlaris di pasaran, Tesla juga menawarkan pelbagai variasi model untuk pengguna EV mengikut kesesuaian masing-masing.

abang tesla popular
Kredit: AFP
abang-abang tesla popular
Kredit: AFP

Elektronik

Tesla menawarkan pengalaman yang agak mewah apabila kita menyentuh mengenai suite elektronik pada bahagian dalam kereta.

Aplikasi pelengkap seperti Apple CarPlay dan Android Auto merupakan ciri standard ditawarkan Tesla. Selain itu, anda juga akan menemui pelbagai pilihan untuk hiburan.

Misalnya, konsol tengah panel infortaiment Model 3 boleh digunakan sebagai pusat multimedia, konsol permainan ataupun berfungsi sebagai hab penstriman audio.

Ciri-ciri lain seperti auto-pilot, bioweapon defense mode, Sentry mode, kunci berbentuk kad dan banyak lagi menjadikan pemilikan Tesla sebagai satu pengalaman yang sangat istimewa.

Jawapan ‘abang kakak’ kena tahu kenapa Tesla lagi popular daripada EV jenama lain

abang-abang tesla popular
Kredit: AFP

Stesen pengecasan tersendiri

Tesla juga memiliki stesen pengecasan supernya yang tersendiri. Setakat ini, terdapat lebih daripada 35,000 stesen pengecasan super milim Tesla di seluruh dunia dan jumlahnya semakin bertambah dari semasa ke semasa.

Di Malaysia juga, sebaik sahaja Tesla dilancarkan secara rasmi, stesen pengecasan super ini juga mula dipasang dan ditawarkan kepada pengguna.

Populariti CEO 

Tidak dapat dinafikan, populariti Tesla turut dibantu oleh populariti CEO, Elon Musk. Muncul sebagai Manusia Terkaya Di Dunia, namanya hampir pasti dikenali dimana-mana sahaja.

Elon Musk sendiri dikenali sebagai personaliti yang sangak aktif di media sosial dan selalu berinteraksi dengan khalayak. Jadi, semakin ramai yang mengenalinya, ada kemungkinan jenama-jenama dibawah pemilikan beliau, termasuk Tesla turut menjadi terkenal.

Berbanding EV jenama-jenama lain, hampir pasti nama CEOnya mungkin langsung tidak dikenali atau tidak pernah didengari.

BACA: Dilengkapi Sistem Yang Lebih Canggih, Ini Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Pesawat Tempur F-15EX 

Sumber: History Computer, Business Insider

 

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma