Siakap Keli
khairul aming tiktok awards
Kredit: Khairulaming

Khairul Aming Luah Rasa Terharu, Berjaya Cecah 1 Juta Undian Untuk TikTok Awards

Khairul Aming Luah Rasa Terharu, Berjaya Cecah 1 Juta Undian Untuk TikTok Awards

Tercalon dalam anugerah TikTok bagi kategori Creator of The Year, selebriti Internet Khairul Aming (KA) meluahkan rasa terharu susulan menerima satu juta undian daripada peminatnya.

Dalam satu ciapan di Twitter, KA berkata orang ramai mempunyai lima hari lagi untuk meletakkan undian kepada pencipta kandungan kegemaran.

“Satu juta undian, terima kasih kepada semua yang telah undi KA untuk TikTok Awards (Creator of The Year).

“Lima hari lagi sebelum award berlangsung Ahad ini. Jemput undi dan support semua creators,” tulisnya dalam satu ciapan pada Isnin.

Kredit: @khairulaming/Twitter

Bagi kategori Creator of The Year, pencipta kandungan yang terpilih selain daripada KA ialah Boss James (@bossjames_oe), Lawyer Gandhi (@lawyergandhi), Auntie Purple (@auntiepurple248), Sally Who (@sallywhoo) dan juga Ceddy (@ceddyornot).

KA telah menerima undian sebanyak 1,200,000 juta setakat artikel ini ditulis, meninggalkan pencipta kandungan yang lain.

Sebanyak 13 kategori dipertandingkan di mana tujuh kategori adalah pilihan peminat dan enam yang lain ialah pilihan juri.

Ketegori pilihan peminat ialah Creator of the Year, Rising Star of the Year, Popular Creator of the Year, Popular Animation Account of the Year, Celebrity of the Year, Live Creator of the Year dan TikTok Shop Creator of the Year.

Manakala bagi pilihan juri adalah kategori Best of Beauty & Fashion, Best of Education, Best of Entertainment, Best of Foodie, Best of Gaming dan Best of Sports.

Bagi kategori pilihan juri ia akan dibarisi oleh Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Media Prima dan Primeworks Studios iaitu Nini Yusof dan Pengurus Besar Operasi dan Pemasaran TikTok Asia Tenggara, Angga Anugrah Putra.

BACA: Jualan Sambal Nyet 2 Tahun RM21.5 juta, Khairulaming Kongsi Teknik Urus Operasi

Anugerah hargai pempengaruh

Difahamkan, TikTok Awards diadakan buat julung-julung kalinya bagi menghargai bakat-bakat pempengaruh yang memanfaatkan platform TikTok dengan baik.

Dalam pada itu, undian dibuka seawal 15 Ogos sehingga 26 Ogos depan.

TikTok Awards Malaysia 2023 akan diadakan pada 27 Ogos ini, bertempat di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) Kuala Lumpur pada jam 9 malam.

Sumber: @khairulaming/Twitter, ecentral

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana