Siakap Keli
jabatan perkhidmatan veterinar
Kredit Siakap Keli

Ada Lembu Sado, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Jemput Orang Ramai Ke MAEPS 24-27 Ogos Ini

Ada Lembu Sado, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Jemput Orang Ramai Ke MAEPS 24-27 Ogos Ini

Sambutan Hari Veterinar dan Hari Kebajikan Haiwan Tahun 2023 anjuran Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) sedang diadakan di Laman Ternakan, MAEPS, Serdang dari 24 hingga 27 Ogos ini.

Bertemakan “Promoting Diversity, Equity, and Inclusiveness in the Veterinary Profession”, Hari Veterinar pada tahun ini menumpukan kepada pengiktirafan usaha dan sumbangan para Veterinawan.

Tema itu juga dipilih bagi meningkatkan kesejahteraan profesion veterinar yang dilihat kini semakin mencabar.

Kredit Siakap Keli

Sambutan yang berlangsung selama tiga hari ini bakal menyajikan pengunjung dengan pelbagai aktiviti menarik yang ditawarkan.

Antara aktiviti yang diadakan adalah pameran lembu sado, pameran dan jualan pelbagai jenis baka kambing dan Meow Fiesta, (Pertandingan Kucing Cantik).

Kredit Siakap Keli
Kredit Siakap Keli

Terdapat juga jualan produk berasaskan ternakan diadakan di sana serta Klinik Veterinar dan lain-lain lagi.

Sambutan Hari Kebajikan Haiwan

Selain itu, Sambutan Hari Kebajikan Haiwan pun diadakan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat berkenaan tanggungjawab serta ihsan terhadap haiwan.

Dalam pada itu, DVS turut peka dengan isu berkaitan keselamatan berasaskan ternakan, terutamanya berkaitan penilaian tahap keselamatan makanan yang diimport.

DVS juga mengambil maklum berkaitan isu penemuan tanda-tanda jangkitan Lumpy Skin Disease (LSD) oleh pihak berkuasa di Indonesia.

Penemuan tanda jangkitan itu dipercayai wujud daripada lembu yang diimport oleh negara itu daripada Australia.

Bagi memastikan tiada sebarang risiko penyakit, DVS tegas dalam memastikan semua pengimportan ternakan hidup adalah mengikut protokol dan tatacara yang ditetapkan.

BACA: Viu Buat Showcase Percuma 31 Ogos, Boleh ‘Meet & Greet’ Artis Termasuk Bunkface & MK K-Clique

Difahamkan, DVS turut telah menggantung buat sementara waktu ternakan hidup daripada negara Australia.

Tindakan penggantungan bersifat sementara telah diambil sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya dakwaan pihak berkuasa Indonesia itu benar memandangkan Malaysia turut mengimport lembu dan kerbau dari Australia. Namun begitu, pengimportan daging lembu dari Australia masih dibenarkan,” tulis kenyataan DVS tersebut. 

Sementara itu, DVS dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan terus memantau dalam rantaian pengeluaran bekalan makanan.

Kerjasama itu dibuat untuk memastikan bekalan makanan kekal terjamin dan kejadian penyakit haiwan ternakan dalam negara dapat dikawal.

Sumber: Jabatan Perkhidmatan Veterinar

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka