Siakap Keli
taekwando China tarian zombi
Kredit Youtube/Kukkiwon World Taekwondo Headquarters

Pasukan Taekwando China Kena “Ban”, Lakukan ‘Tarian Zombi’ Dalam Pertandingan Antarabangsa

Pasukan Taekwando China Kena “Ban”, Lakukan ‘Tarian Zombi’ Dalam Pertandingan Antarabangsa

Pasukan taekwondo dari China dihukum selepas pasukan tersebut dilaporkan melakukan ‘tarian Zombi’ sambil memakai kostum dinasti Qing dalam pertandingan antarabangsa di Korea Selatan, lapor SCMP.

Selain dihukum, lesen kejurulatihan jurulatih bagi pasukan itu juga dilaporkan turut dibatalkan.

Tarian yang menyinggung perasaan itu telah dipersembahkan oleh ahli studio taekwondo dari wilayah Guandong di selatan China.

Tarian itu dibuat ketika di pertandingan Seongnam World Taekwondo Hanmadang 2023 di Korea Selatan pada 24 Julai lalu.

Rakaman menunjukkan tujuh ahli studio melakukan teknik taekwondo dengan memakai seragam pegawai dinasti Qing.

Kredit
Youtube/Kukkiwon World Taekwondo Headquarters

Mereka juga dilihat melakukan aksi tipikal zombi dalam filem seram klasik Hong Kong.

Pada 21 Ogos, Persatuan Taekwondo China mengeluarkan kenyataan rasmi terhadap persembahan yang dikatakan mencemarkan imej negara dan budaya China.

Selain itu, persatuan tersebut turut membatalkan keahlian studio dan melarangnya daripada menyertai pertandingan taekwondo di peringkat kebangsaan.

Persatuan itu juga turut membatalkan lesen jurulatih pasukan itu yang bertanggungjawab mencipta koreografi tarian tersebut.

Jurulatih itu dilarang sama sekali daripada menyertai latihan dan pertandingan yang diadakan oleh persatuan tersebut.

Bagaimanapun, isu itu telah mengundang pelbagai komen oleh pengguna media sosial di China.

Kredit Youtube/Kukkiwon World Taekwondo Headquarters

Terdapat komen yang bersetuju dengan tindakan tersebut, dan beberapa lagi memuji kreativiti pasukan tersebut.

“Saya rasa persembahan itu tidak menghormati taekwondo mahupun China,” tulis seorang netizen yang menganggap persembahan itu mengaibkan negara China.

“Persatuan bertindak keterlaluan disini. Ia hanyalah sebuah kumpulan bukan kerajaan yang berseronok. Kenapa sensitif sangat,” tulis seorang netizen yang tidak menyokong tindakan hukuman yang diberikan kepada persatuan tersebut.

BACA: Viu Buat Showcase Percuma 31 Ogos, Boleh ‘Meet & Greet’ Artis Termasuk Bunkface & MK K-Clique

“Saya fikir ia kreatif. Saya juga suka menonton filem zombi Hong Kong semasa saya kecil. Tidak perlu kecoh asalkan kita yakin dengan budaya kita,” tulis seorang lagi netizen.

Walaupun beberapa video persembahan penuh telah dikeluarkan dari dalam talian, beberapa media berkata bahawa persembahan itu berakhir dengan baik.

Tujuh zombi itu telah membuka jubah mereka dan menerima tepukan gemuruh daripada dunia terhadap persembahan tersebut.

Sumber: SCMP

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka