Siakap Keli
bell ngasri anak pidato
Kredit: bellngasriofficial/Instagram

Bell Luah Rasa Syukur, Anak Terpilih Wakili Malaysia Dalam Pertandingan Pidato Di Vietnam

Bell Luah Rasa Syukur, Anak Terpilih Wakili Malaysia Dalam Pertandingan Pidato Di Vietnam

Pelakon dan pelawak, Bell Ngasri memanjatkan rasa syukur dan meluahkan perasaan bangga atas pencapaian anak keduanya yang mewakili sekolah dan negara dalam pertandingan pidato,

Menerusi Instagram miliknya, Bell atau nama sebenarnya Nasrizal Ngasri memuat naik video memaparkan perjalanan anaknya, Nasfarisya Nasrizal di Lapangan Terbang Antarangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk ke Vietnam.

Pelawak berusia 43 tahun itu berharap agar Nasfarisya dapat mengharumkan nama negara.

Kredit: bellngasriofficial/TikTok

“Syukur Alhamdulillah. Semoga kakak @nsfarisya dapat mengharumkan dan membanggakan nama negara.

“Tapi apa-apa pun, kakak sudah berjaya membanggakan baba dan mama. Tahniah kakak,” memetik kapsyen yang ditulis.

Difahamkan, Nasfarisya merupakan salah seorang daripada tiga peserta yang mewakili sekolah dan negara dalam pertandingan pidato Actions For Earth Award & Global Youth Summit.

Pertandingan tersebut diadakan selama lima hari bermula pada 23 Ogos lalu bertempat di International Centre for Interdisciplinary Science and Education di Quy Nhon, Binh Dinh, Vietnam.

Dalam satu hantaran terbaru di Instagram, Bell turut menzahirkan rasa berterima kasih kepada guru anaknya, kerana telah memilih Nasfarisya untuk mewakili satu pertandingan yang besar.

“Apa-apa pun terima kasih kasih buat sekolah atas kepercayaan cikgu yang mengiring, yang mengajar dia (Nasfarisya) selama ini,” ujarnya.

Rata-rata orang ramai turut bergembira dengan berita yang dikongsi oleh Bell di media sosial.

Menjengah di ruangan komen, kebanyakan warga maya mendoakan agar urusan Nasfarisya dimudahkan serta memperoleh kejayaan yang cemerlang.

“Alhamdulillah dan tahniah buat kakak. Tahniah juga buat mama dan baba. Muka kakak sweet and tenang je,” komen warga maya.

“Tahniah kakak, semooga Allah permudahkan urusan kakak dunia dan akhirat,” doa netizen lagi.

“Selamat berjaya. Semoga beroleh kejayaan,” kata warga maya.

BACA: Bell Ngasri ‘Berkempen’, Ajak Pelajar Turun Undi Anugerah

Bell Ngasri melompat gembira terima hadiah kereta mini cooper

Sebelum ini, media melaporkan Bell telah menerima sebuah kereta jenis Mini Cooper daripada pihak penaja DTC Carlifestyle.

Pemberian itu dihadiahkan susulan dengan kemenangannya selaku pemenang tertinggi dalam sebuah acara anugerah hiburan ternama bulan lalu.

Selepas mendapat tahu jenis kereta itu, Bell melompat kegembiraan kerana tidak menyangka akan menerima kereta yang berharga lebih daripada RM100,000.

Sumber: bellngasriofficial/Instagram

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana