Siakap Keli
cara buat telur dadar
Kredit: Siti Asfariza Kaslain/Facebook

Kembang Elok Dan “Crispy”, Ini Cara Buat Telur Dadar Sedap Macam Kedai Siam

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kembang Elok Dan “Crispy”, Ini Cara Buat Telur Dadar Sedap Macam Kedai Siam

Kalau kita singgah di restoran masakan tomyam, hidangan yang akan dipesan selain daripada tomyam semestinya telur dadar untuk menjadi penyedap apabila dimakan bersama nasi.

Antara menu wajib yang dipesan ketika tiba di restoran itu, semestinya telur dadar dan tomyam, bukan sahaja sedap malah selepas balik rumah pasti akan teringat-ingat.

Kalau nak tahu, dua hidangan tersebut merupakan gabungan yang paling sedap dimakan dengan nasi panas lebih-lebih lagi pada waktu hujan.

Telur dadar di kedai tomyam kebanyakannya kembang dan lebih sedap berbanding di kedai lain sehingga menimbulkan persoalan bagaimana tukang masak di restoran itu menukarkan lauk mudah tersebut kepada lauk yang paling lazat.

Sebenarnya tak perlukan kemahiran pun, hanya perlukan bahan-bahan yang tepat mesti dapat hasilkan telur dadar yang kembang semangkuk.

Pun begitu, Siti Asfariza Kaslain telah berkongsi kepada orang ramai resipi untuk telur dadar rangup.

Walaupun penyediaan telur dadar itu mudah namun ia memerlukan ada satu tips yang dikongsikan oleh Siti Asfariza untuk mendapatkan telur dadar yang sama di kedai tomyam.

Ujarnya, resipi yang dikongsi itu juga merupakan resipi yang dia dapat di Facebook dan disebabkan rasa ingin tahu, dia kemudiannya mencuba resipi tersebut.

Katanya, walaupun pertama kali dia baru menggunakan resipi dan tips yang diberikan oleh pemilik resipi namun kejadiannya sangat memuaskan.

Jadi, bagi orang ramai yang ingin mengetahui resipi dan tips untuk mendapatkan telur dadar rangup dan kembang mari ketahuinya di bawah ini. Selamat mencuba!

BACA: Ada Banyak Bahan, Ini Sejarah & Jenis Telur Dadar Yang Ramai Tak Tahu

Resipi telur dadar cripsy

Kredit: Siti Asfariza Kaslain/Facebook

Bahan-bahan yang diperlukan:

Dua hingga tiga biji telur

Satu sudu kecil cuka

Satu sudu kecil sos ikan

Satu sudu kecil tepung jagung

Satu sudu kecil garam

Perasa (kalau suka)

Minyak

Cara-cara buat telur dadar:

Panaskan minyak (letak minyak banyak).

Campurkan semua bahan telur, cuka, sos ikan, tepung jagung dan garam dalam satu mangkuk.

Kemudian, tuangkan dalam minyak yang panas (pastikan betul-betul panas baru tuang bancuhan telur)

Goreng seperti biasa kemudian siap!

Tips: Semasa tuang bancuhan telur ke dalam kuali, angkat mangkuk tersebut sedikit tinggi daripada biasa untuk hasilkan telur yang gebu dan kembang.

Sumber: Siti Asfariza Kaslain/Facebook

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana