Siakap Keli
oku tvet pm
Kredit: BERNAMA

Kerajaan Timbang Permudah Syarat OKU Sertai TVET – PM

Kerajaan Timbang Permudah Syarat OKU Sertai TVET – PM

JOHOR BAHRU, 3 Sept (Bernama) — Kerajaan akan menimbang semula syarat kelayakan bagi golongan orang kurang upaya (OKU) mengikuti program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) untuk memudahkan mereka menyertai bidang itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan memaklumkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, selaku Pengerusi Majlis TVET, untuk melaksanakan perkara itu.

“Saya akan beritahu beliau walaupun ada kelonggaran untuk OKU, janganlah kenakan syarat seperti (perlu mempunyai) dua tangan. Syaratnya mesti yang ada keupayaan, jadi kita akan berikan ruang.

“Insya-Allah, ini boleh (dilaksanakan),” katanya ketika menjawab soalan dalam Program ‘Temu Anwar’ di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Skudai hari ini.

Terdahulu, seorang peserta OKU yang merupakan alumni UTM ingin tahu langkah yang diambil oleh kerajaan untuk memastikan dasar memperuntuk satu peratus peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam kepada golongan itu dipatuhi dan keperluan menilai semula syarat menyertai TVET bagi OKU.

Beberapa minggu lalu, media melaporkan Anwar berkata beliau sama sekali tidak mahu menjadi Perdana Menteri sekiranya prinsip-prinsip yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan termasuk hak keistimewaan orang Melayu dan kedudukan agama Islam dipertikai.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata justeru, pihak tidak bertanggungjawab terutama pembangkang tidak perlu membangkitkan isu terbabit untuk menakut-nakutkan orang Melayu.

“Siapa yang boleh pertikai kepimpinan Melayu, kuasa Melayu, Islam agama persekutuan, Bahasa Melayu, hak keistimewaan orang Melayu, kedaulatan Raja-Raja Melayu, tidak ada.

“Kawan-Kawan kita dalam DAP, MIC, MCA bahkan PKR yang bukan Melayu tidak pernah pertikai itu dan saya tidak mahu jadi Perdana Menteri sekiranya prinsip-prinsip dalam Perlembagaan Persekutuan dipertikai,” katanya.

Sumber: BERNAMA

BACA: Polis Siasat Pemilik Akaun Media Sosial Hina Perdana Menteri

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana