Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Haniff Hamzah Terangkan Bagaimana Stesen Radio Pilih Lagu Untuk Diputarkan Pada Peminat
Kredit: TikTok

Macam Ini Rupanya Radio Pilih Lagu Untuk Diputarkan, Haniff ERA Dedah Proses Berlaku Ramai Tak Tahu

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Haniff Hamzah Terangkan Bagaimana Stesen Radio Pilih Lagu Untuk Diputarkan Pada Pendengar

Penyampai radio sensasi di ERA, Haniff Hamzah baru-baru ini berkongsi dengan pengikutnya di TikTok bagaimana stesen radio memilih lagu untuk diputarkan kepada pendengar.

Penerangan itu dibuat bagi menjawab persoalan tersebut yang mungkin sering bermain di minda pendengar-pendengar radio di Malaysia.

Mungkin ada yang beranggapan kerana sering mendengar lagu yang sama berulang-ulang, keputusan untuk memilih lagu ini mungkin berada di tangan penyampai radio sepenuhnya.

Haniff ERA dedah cara stesen radio pilih lagu untuk dimainkan

Ada juga yang berpendapat, lagu-lagu yang diputarkan mungkin kerana menepati citarasa penyampai radio tersebut.

Namun begitu, Haniff telah menyangkal tanggapan tersebut dan menegaskan kuasa untuk memilih lagu bukan terletak di tangan penyampai radio.

Sebaliknya, terdapat beberapa faktor yang mendorong sesebuah lagu itu untuk dimainkan di corong-corong radio.

Kualiti Rakaman

Pertama kali, Haniff menjelaskan bahawa setiap stesen radio memiliki cara yang berbeza dalam pemilihan lagu yang hendak dimainkan.

Di tempat kerjaya, lagu yang dihantar perlu memiliki kualiti rakaman yang baik. Jadi, lagu-lagu tersebut akan dihantar untuk diperiksa oleh pihak tertentu terlebih dahulu.

Antara elemen yang diperiksa dalam sesuatu lagu adalah seperti penulisan lirik, sama ada bersesuaian ataupun tidak. Perkataan yang tidak sesuai akan ditapis dan diletakkan bunyi beep. Selain itu, lagu-lagu yang kelihatan ‘ganas’ juga akan ditapis.

Namun, jika lagu tersebut tersebut memiliki terlalu banyak perkataan yang tidak sesuai, berkemungkinan besar akan ditolak kerana terlalu banyak bunyi beep akan menyebabkan lagu tersebut sudah tidak kedengaran seperti sebuah lagu lagi.

Sesuai dengan pendengar radio

Selepas selesai pemeriksaan kualiti dan lirik, lagu tersebut diletakkan di bawah satu ‘sistem undian’. Menurut Haniff, tempat kerjanya memiliki satu sistem undian melibatkan ribuan pengundi berdaftar dikenali sebagai Juri Hit ERA.

”Mereka setiap minggu akan dapat lima lagu baru. Kadang-kadang penyanyi itu lama, tetapi lagunya baru.

“Dalam lima itu, hanya mainkan seminit lagu. Nama lagu akan didedahkan tetapi nama penyanyi tidak akan disertakan sekali supaya tiada bias dalam undian,” kata Haniff.

Daripada undian tersebut, stesen radio dapat mengenalpasti lagu-lagu yang bersesuaian dengan citarasa pendengar-pendengar radio.

Lagu popular di platform lain

Katanya ada lagi satu cara baharu pemilihan lagu untuk diputarkan. Hari ini, sesetengah lagu menjadi viral di platform media sosial terlebih dahulu seperti di TikTok.

Kemudian, radio akan mengenal pasti dan menghubungi pihak-pihak yang terlibat dengan lagu yang menjadi viral tersebut.

”Tetapi kalau radio panggil sekali pun, tetap kena melalui sistem undian (Juri Hit ERA) tersebut,” katanya lagi.

Pada akhir video, Haniff memberi semangat kepada penggiat-penggiat muzik agar tidak menyerah, walaupun radio tidak memainkan lagu anda kepada khalayak.

Katanya, jangan berhenti dari menghasilkan lagu dan teruskan menghantar lagu ke stesen radio.

BACA: Ingat Benda Sama Rupanya Tak, Ini Beza “Router” Dengan “Modem” WiFi Ramai Tak Tahu

Sumber: haniffhamzah via TikTok