Pening Cicak Banyak Dalam Rumah? Guna Dua Bahan Ni Je “Confirm” Mudah Tangkap
Bila sebut mengenai cicak, sudah tentu ramai yang tidak suka dengan tetamu tidak diundang ini bukan? Lebih-lebih lagi, ia juga tergolong dalam kategori haiwan perosak.
Mana tidaknya, kehadiran makhluk ini serta haiwan perosak lain mengundang pelbagai masalah seperti kotoran (tahi cicak). Kadangkala, ia juga boleh mengganggu waktu tidur kita sekiranya membuat bunyi ketika waktu malam.
Walau bagaimanapun, untuk menangkap cicak bukanlah sesuatu yang mudah apatah lagi ia melarikan diri sebaik sahaja melihat manusia.
Tambahan lagi, ia lazimnya berada di hujung bucu atau hujung dinding tinggi di rumah anda. Perkara ini membuatkan anda sukar untuk membasminya.
Pelbagai cara dilakukan oleh pemilik rumah khususnya golongan ibu-ibu termasuk memelihara si bulus yang bertindak sebagai pemangsa kepada cicak.
Pun begitu, masalah ini masih belum menemui jalan noktahnya kerana cicak kebiasaannya berada di tempat tinggi yang sukar dicapai oleh kucing.
Sehubungan itu, hari ini pihak SK akan berkongsikan satu tips yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah cicak di rumah anda.
Untuk itu, mari kita ikuti perkongsian Amir Marzhuki di bawah. Semoga bermanfaat!
Guna 2 Bahan Ni Je, Dekat 50 Cicak “Terkorban”

Bahan-bahan
Pelekat lalat
Umpan nasi
1st time post kat group ni, terima kasih yang bagi idea pasang gam lalat untuk tangkap cicak. Ni dah minggu ke 4 pasang, dah dekat 50 ekor cicak terkorban.
BACA JUGA: Apa Maksud Dilepaskan Tanpa Dibebaskan? Ini Yang Anda Perlu Tahu
Tips nak pasang pelekat lalat ni mudah. Guna 2/3 pelekat dekat laluan cicak biasa melepak. Letak umpan nasi. Biarkan dalam 4/5 hari. Akan dapat hasil yang lumayan berbanding dengan racun cicak.
Bab nak buang cicak tu, kena tahan geli sikit la yer dan bau pun memang menusuk hidung kalau yang dah mati.
Semoga bermanfaat.
Ni pasang 5 hari, dapat 6 ekor. Dah nak pupus agaknya cicak kat rumah ni
Sumber: Facebook Amir Marzhuki via Kumpulan Tukang Apa Hari Ini