Siakap Keli
fairuz misran p.Ramlee meninggal dunia
Kredit: Facebook via Fairuz Misran

Artis Persis Seniman P.Ramlee, Fairuz Misran Meninggal Dunia 38 Tahun

Artis Persis Seniman P.Ramlee, Fairuz Misran Meninggal Dunia Pada 38 Tahun

Artis yang dikenali dengan wajah persis seniman legenda P.Ramlee, Fairuz Misran dilaporkan meninggal dunia pada tengah hari tadi.

Berita duka tersebut telah disampaikan menerusi abangnya. Ruzaidi Misran menerusi hantaran Facebook hari ini.

“Innalillahiwainnahirojiun..

“Menerima perkhabaran sedih bahawa adik yang disayangi Fairuz Misran telah kembali ke Rahmatullah baru sebentar tadi.”

Difahamkan, artis kelahiran Sandakan, Sabah ini telah menghembuskan nafas terakhir ketika berusia 38 tahun.

Pada akhir hantarannya, Ruzaidi meminta orang ramai untuk mendoakan dan menghadiahkan bacaan al-Fatihah kepada arwah adiknya.

“Mohon semua agar mendoakan dan sedekahkan Alfatihah buat Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan dalam kalangan orang yang beriman. Al Fatihah.”

Menurut laporan Sinar Harian, jenazah Fairuz difahamkan masih berada di Hospital Labuan.

Sementara itu, adik arwah Fairuz Misran, Sazlieyanti memaklumkan bahawa Allahyarham mengalami sakit dada dan tidak sedarkan diri sebelum dibawa ke hospital.

Menerusi hantaran Sazlieyanti di Facebook, ramai yang menghubunginya untuk mengetahui punca kematian abangnya itu.

“Alhamdulillah arwah pergi dengan senang. Hanya sakit dada dan pengsan lalu dibawa ke hospital. Sesampainya arwah di hospital, dikhabarkan arwah sudah tiada, di hari Jumaat yang mulia ini, hari yang dicemburui oleh semua orang,” jelasnya.

Walau bagaimanapun, Sazlieyanti memaklumkan bahawa urusan pengebumian belum lagi dimuktamadkan oleh ahli keluarga setakat ini.

“Sekarang masih di Labuan dan masih dalam perbincangan antara keluarga sama ada mahu dikebumikan di Labuan (tempat isteri) atau di Kimanis, Papar (kampung arwah).

“Jadi saya sudah menjawab smua soalan kamu. Semoga segala urusan kebumian arwah dipermudahkan. Terima kasih juga untuk semua yang tidak berhenti mendoakan beliau dan sedekahkan al-Fatihah,” jelasnya.

Fairuz Misran merupakan seorang penyanyi yang mempunyai suara dan wajah sepersis seniman agung Tan Sri P Ramlee pada era kini.

Beliau juga merupakan juara bintang P Ramlee peringkat kebangsaan anjuran Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) pada 2012. Sejak itu, bakat dan nama beliau mula dikenali dan bersinar dalam industri hiburan tanah air.

Arwah turut dikenali di negeri kelahirannya, Sabah kerana memiliki bakat dan suaranya yang unik.

BACA: Elak Kemalangan, Ketahui Fungsi Garisan Di Lebuhraya & Cara Tukar Lorong Dengan Betul

Sumber: Ruzaidi Misran via Facebook

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma