Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Hutan Simpan Di Kuala Selangor Terbakar Operasi Pemadaman Giat Dijalankan

Nur Syahirah Zainoor Hisham
hutan simpan kuala selangor pemadaman kebakaran
Kredit: Bernama

Hutan Simpan Di Kuala Selangor Terbakar Operasi Pemadaman Giat Dijalankan

SHAH ALAM, 15 Sept (Bernama) — Operasi pemadaman kebakaran di hutan gambut di Kompartment 99 Hutan Simpan Raja Musa, Bestari Jaya, Kuala Selangor yang berlaku sejak semalam sedang giat dijalankan.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kuala Selangor Mohd Raiz Radzuan berkata operasi itu dilaksanakan oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Bestari Jaya dibantu oleh agensi berkaitan termasuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia serta Jabatan Perhutanan.

“Peratus pemadaman sebanyak 12.5 peratus sehingga 6 petang tadi dan operasi akan diteruskan sehingga selesai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

BACA: Uncle Roger Lega, One Piece Tarik Balik “Strike” Ke Atas Video “Review” Kari Jepun Sanji

Sumber: Bernama