Siakap Keli
Gambar: Instagram Robert Bauer

Gembira Jalani Kehidupan Sebagai Muslim, Robert Bauer Ucap Terima Kasih Atas Sokongan Ramai

Gembira Jalani Kehidupan Sebagai Muslim, Robert Bauer Ucap Terima Kasih Atas Sokongan Ramai

Pemain pertahanan bola sepak Jerman, Robert Bauer menzahirkan rasa syukur terhadap orang ramai yang membantunya dalam menjalani kehidupan sebagai seorang muslim, lapor Mirror Islam.

Dalam muat naik di Instagram miliknya baru-baru ini, pemain berusia 28 tahun itu menyiarkan gambarnya sedang menunaikan solat bersama keluarga.

Pemain kelab Arab Saudi Al-Tai itu juga menyatakan terima kasih kepada orang ramai yang sentiasa memberikan sokongan buatnya.

Tambah Bauer, isteri dan ahli keluarganya merupakan tulang belakang dalam membawanya untuk memeluk agama Islam. Dia menyifatkan ia satu perjalanan rohani yang panjang dan penuh bermakna sebagai seorang muslim.

“Untuk semua orang yang menghantar mesej kepada saya hari ini. Saya masuk Islam melalui isteri saya dan keluarganya. Sudah bertahun-tahun, dan saya berterima kasih kerana anda semua membantu dan menyokong saya dalam perjalanan ini,” kata Bauer.

Sementara itu, dalam hantarannya di platform berkenaan turut menjelaskan latar belakang keluarganya.

“Oleh kerana saya mendapat banyak soalan, izinkan saya memberitahu sedikit tentang kisah kami. Saya dilahirkan di Jerman dan ibu bapa beragama Kristian Kazakhstan yang berpindah ke Jerman pada tahun 1994.

“Saya bertemu dengan isteri saya di Dubai, dia dilahirkan di Tanzania sebagai penganut Islam dan mengamalkannya. Bapanya warganegara Tanzania dan Iran Turki.

“Dia juga dibesarkan di Dubai dan mempunyai keluarga di sana,” katanya.

Dah Lama Bergelar Seorang Muslim

Maklumnya, dia telah melafazkan kalimah Syahadah sejak bertahun lalu ketika berkahwin namun tidak begitu banyak mengetahui tentang Islam.

BACA JUGA: Legenda Chelsea, Drogba Nafi Peluk Islam

“Selama bertahun-tahun saya belajar lebih dan lebih lagi, tetapi selepas datang ke Saudi saya merasakan kehangatan Islam dan ingin mengucapkan syahadah sekali lagi, membaca al-Quran, belajar dan mengamalkannya.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anda semua dari lubuk hati saya atas kasih sayang dan sokongan yang saya terima dan teruja untuk terus belajar. اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ,” tulisnya.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Robert Bauer (@thebauer6)

Karier Bola Sepak Robert Bauer

Robert Bauer membuat penampilan sulung dalam kerjaya bola sepak di Bundesliga 2 pada 31 Oktober 2019 ketika perlawanan menentang Fortuna Dusseldorf dengan menggantikan Alfredo Morales.

Pada 22 November 2015 menyaksikan dia berjaya menjaringkan gol pertama dalam Bundesliga semasa perlawanan menentang Darmstadt 98.

Bauer kemudiannya berpindah ke Werder Bremen pada Ogos 2016 sebelum dipinjamkan ke FC Nurnberg selama dua tahun.

Pemain kelahiran Jerman itu telah menandatangani kontrak jangka panjang dengan kelab Rusia, FC Arsenal Tula sebelum berkelana ke kelab di Belgium, Sint-Truiden pada Semptember 2021.

Bauer kini bermain untuk kelab Arab Saudi, Al-Tai, setelah menyertai Liga Pro Saudi dengan kontrak setahun pada Mei.

Sumber: Muslim Mirror, Word Of Prophet

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?