Tindakan Penyokong Ragbi Jepun Kutip Sampah Lepas Tamat Perlawanan Berjaya Raih Perhatian
Rakyat Jepun cukup dikenali dengan sikap yang sangat rajin dan berdisiplin tinggi tidak kira di negara sendiri mahupun di luar negara.
Perkara itu dapat dilihat menerusi tindakan mereka yang tular baru-baru ini semasa perlawanan Piala Dunia Ragbi 2023 di Perancis.
Penyokong Jepun sekali lagi mendapat pujian ramai selepas mereka dilihat mengutip sampah susulan tamatnya tempoh perlawanan membabitkan pasukan mereka di stadium.
Tindakan terpuji rakyat Jepun itu telah dikongsikan oleh akaun Rugby World Cup menerusi TikTok mereka.
Menerusi hantaran itu, dua orang penyokong Jepun yang memakai jersi pasukan mereka dapat dilihat mengutip sampah di sekitar kawasan tempat duduk stadium.

Mereka turut dirakam membawa satu plastik sampah besar sambil mengutip beberapa sampah yang ditinggalkan oleh penyokong lain.

Perkongsian itu dengan pantas telah meraih komen yang pelbagai daripada pengguna media sosial tersebut. Mereka juga sempat meninggalkan komen mereka berkenaan tindakan penyokong tersebut.
Antara komen yang ditinggalkan adalah:
“Mereka juga buat perkara yang sama ketika Piala Dunia yang lalu,” tulis seorang netizen.
“Mereka buat begitu dalam setiap acara sukan bukan hanya ragbi,” tulis seorang lagi netizen yang memuji.
“Berharap negara lain mampu menunjukkan tahap hormat yang tinggi seperti ini,” tulis seorang netizen yang berharap negara lain mampu mencontohi penyokong Jepun.
@rugbyworldcup
Sekali Lagi Curi Tumpuan, Penyokong Jepun Dipuji Rajin Kutip Sampah Dalam Stadium
Terdahulu, usai perlawanan antara Jepun dan Jerman malam tadi, penyokong Jepun mencuri tumpuan ramai apabila mengutip sampah di sekitar kawasan tempat duduk di Stadium Antarabangsa Khalifa.
Memetik Daily Mail, penyokong negara matahari terbit itu dilihat membawa beg plastik untuk mengutip sampah sebagai tanda hormat kepada ‘tuan rumah’.
Susulan sikap yang ditonjolkan itu, kebanyakan warganet terutama di Twitter dan Facebook memuji tindakan penyokong Jepun.
“Buat pertama kali Jepun mengalahkan Jerman dalam perlawanan pembukaan peringkat kumpulan selepas ketinggalan 0-1. Budaya Jepun yang membersihkan sampah dan menghormati orang sangat hebat.
“Hidup bola sepak Asia,” kata seorang pengguna Twitter.
BACA: Dah Cuba Macam-Macam Perniagaan, Pasangan Tak Sangka Idea Meniaga Nasi Lemak Myvi Merah Berhasil
Sumber: TikTok/@rugbyworldcup