Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Presiden Mongolia Tarik Perhatian, Umur 58 Tahun Berjaya Bench Press 100kg

Presiden Mongolia Bench Press
Kredit: X @liyaosha

Menjadi presiden atau perdana menteri sesebuah negara itu sememangnya bukan perkara mudah kerana jawatan tersebut datang dengan tanggungjawab besar serta memerlukan kepercayaan daripada rakyat.

Namun, apabila seseorang pemimpin melakukan sesuatu yang tidak disangka orang ramai, perkara itu pastinya membuatkan mereka kelihatan lebih mengagumkan.

Begitulah kisah Presiden Mongolia, Ukhnaagiin Khürelsükh, 58, yang kini menjadi tular selepas dilaporkan berjaya melakukan bench press seberat 100 kilogram sebanyak 20 kali.

Presiden Mongolia Berjaya Bench Press 100kg

Kredit: AFP

Menurut laporan media, Khürelsükh melakukan angkatan itu ketika beliau sedang melakukan lawatan ke sebuah fasiliti latihan ketenteraan.

Menerusi video yang dimuatnaik @liyaosha di X, Khürelsükh bersama beberapa pegawainya serta pegawai tentera kelihatan sedang berada di gim di fasiliti tersebut.

Pada awalnya, salah seorang pegawai tenteranya sedang melakukan latihan angkat berat menggunakan dua biji kettlebell.

Tidak lama kemudian, Khürelsükh turut menunjukkan kekuatannya dengan melakukan bench press menggunakan jumlah keseluruhan plat seberat 100 kilogram.

Beliau membuka kot sutnya sebelum mengambil tempat di kerusi senaman dan mula mengangkat beban tersebut sebanyak 20 kali tanpa bantuan.

Malah, selepas berjaya menyelesaikan angkatan itu, beliau terus bangkit tanpa menunjukkan sebarang tanda kepenatan atau kesakitan.

Susulan itu, beliau menerima tepukan daripada individu-individu yang turut berada di dalam gim di fasiliti latihan ketenteraan itu.

Khürelsükh yang telah berkhidmat sebagai presiden sejak 2021 itu turut mempunyai latar belakang dalam ketenteraan, bina badan serta seni mempertahankan diri.

Sebelum ini, Khürelsükh juga dikenali dengan gelaran 'Fist' selepas video beliau menumbuk seorang ahli parlimen menjadi tular pada 2012.

Intipati
  • Presiden Mongolia, Ukhnaagiin Khürelsükh, dilaporkan melakukan bench press 100 kilogram sebanyak 20 kali.
  • Angkatan itu berlaku ketika beliau melawat sebuah gim di fasiliti latihan ketenteraan.
  • Khürelsükh mempunyai latar belakang ketenteraan, bina badan dan seni mempertahankan diri.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan